daebak ^_^

Thursday, May 3, 2012

Everything New!!!

Assalammualaikum..... Anneyong.....

First time update blog kat tempat baru ni, rasa macam terlebih excited pulak hehehe 29 April yang lepas, Alhamdulillah sampai juga di tempat baru.... Jejak je kaki kat tempat baru ni rasa lain macam sikit huhu nasib baik ada kawan sekolah dulu yang ambil aku kat airport.

Rasanya lepas ni aku memang tiada masa nak berbelog lagi. Lagipun masa aku terlalu padat dengan aktiviti. Hati dah mula rasa seronok dengan suasana baru hehehehe aku suka tempat baru ni sebab dikelilingi dengan pantai yang cantik. Siapa tak suka pantai?? Aku ni lagi la suka.... teruja dan damai je rasa.... Hari-hari boleh tengok pantai.... pulau...... romantiknya kalau boleh jalan-jalan dengan kekasih hati

:: Seronok dengan tempat baru, kawan baru dan aktiviti yang baru... Hati pun tersa tenang...... ^_^ ::

Sunday, April 29, 2012

Lembaran Baru.....

Badan dah terasa letih, mata pun dah mengantuk tapi tak terasa nak tidur lagi. Gigihkan diri nak update juga blog ni. Tinggal beberapa jam lagi aku akan fly ke tempat baru..... Terasa macam cepat sangat masa berlalu... Esok dah 29 April.... Baru setahun lebih aku balik ke tempat kelahiranku.... tengok2, esok dah kena berhijrah ke tempat baru.

Rasa macam tak percaya tapi itulah hakikatnya... Macam mana la agaknya esok??? Risau juga sebab sebelum ni aku belum pernah lagi sampai ke situ. Nasib baik ada kawan sama sekolah dulu. Dia datang ambil dekat airport..... lega sikit rasa hati ini.

Bila dah kat tempat baru nanti, pastinya lembaran baru bakal menyusul. Ingat balik masa zaman aku study degree dulu. Ist time berjauhan dengan family, kiranya lain negeri. Kalau setakat berjauhan dengan family satu negeri tu aku dah biasa la sebab dari umur 13 tahun lagi dah sekolah asrama....  Masa flight untuk esok mmg sama je mcm dulu cuma destinasi utk kali ini yg berbeza.

Tiba-tiba rindu dan sayu sebab minggu depan tak jumpa dengan anak murid aku lagi.... Aku rindu la kat dia org terutamanya budak2 Tahun 2 Bestari..... *_*

~ Hari Khamis lepas aku mimpi kamu lagi.... tak tau knpa kamu muncul lagi...... ~ nampaknya kita makin jauh...

:::: Start a something new...... Buka lembaran baru esok... tak dapat nak duga apa yg bakal ditempuhi nanti... Apa yang pasti itu yang terbaik bagiku yang ALLAH telah aturkan.... Selamat Tinggal Sarawak.... Say hai to new place..... ^_^ ::::


Thursday, April 19, 2012

Chingu aka Friend aka Sahabat

Malam tadi awal aku tertidur, rasanya sebelum jam 11 mlm aku dah terlelap. Sedar-sedar tengok jam dah pagi huhu Tidur yg nyenyak dan nyaman betul.... Bila dah sedar dari tidur, sempat termenung jap. Teringat mimpi apa malam tadi. Mimpi yg bercampur-campur. Mula-mula aku mimpi muka cikgu-cikgu yg sama mengajar dgn aku. Lepas tu beralih ke mimpi lain pulak.

Mimpi yg kedua lagi best sebab muncul muka-muka sahabat baik aku. Nampak sangat aku rindu kat dia orang. Lama sangat rasanya kita org tak jumpa. Ye la masing-masing dah sibuk! Tema mimpi malam tadi ialah Majlis Perkahwinan kawan baik kita orang Siti Aisyah aka Aisyu. Yang lucunya dalam mimpi tu, aku dan Enot yg busy mengalahkan pengantin.


Aku dan Enot sdg sibuk mencari mana baju pengantin. Adakah patut, pengantin lupa letak baju pengantin sendiri kat mana.... Ish-ish, Aisyu...... ko mmg slumber ya-ya je... Sempat lagi dia bergurau dgn bakal suami dia. Last2, baru dia bersiap.... Yang penting dlm mimpi tu, tema wedding Aisyu warna kelabu.... Cantik sangat! (segeh Aisyu ~ pastikan in real lak ktk kena ada baju kelabu juak ok hehe)

Lepas settle majlis, aku dan Enot tiba-tiba berada di tempat lain. Tapi tempat tu aku tak berapa nak sure sebab tak jelas sangat. Apa yg pasti, masa tu suasana sejuk.... kita org kat dalam tren.... aku rasa macam kat Korea hehehe Sebabnya dalam tren tu penuh dgn tulisan Korea.... Sah la kan kat Korea hahahaha ^_^ ngeeeeee
( Enot!!! mudahan yg tok menjadi kenyataan oooo.... KOREA!!! mcm kita2 jak yg lom kawen gik... huhuhu kali masa ya kita2 mbak dirik ke Korea -_- )

Sambil tunggu perjalanan tren ke destinasi yg seterusnya, aku dan Enot sembang-sembang la... Tiba-tiba muncul pulak abang long aku.... (Wah, abg long!!! Aku rindu kat ko juak kot....) Terkejut bila abg long Stanz muncul kat dlm tren..... di Korea pulak tu..... -_-
{ Hmmm, suasana mcm dolok jak... ingat sik Enot!!!... Abg Long!!!!.... masa kita sama2 balit ke Sarawak pake MAS AIRLINE???..... kita berkumpul kat KLIA.... rindu time ya eh... bila pat sama2 nait flight gk tok????}



::: Attn to all my chingu!!! Miss U All...... :::


Saturday, April 14, 2012

Still airing 2012 Korean Drama

Hari tu selepas selesai menonton Salaryman Cho Han Ji, seminggu juga aku keboringan menunggu drama Korea baru yang best. Lepas seminggu, ommmo sekaligus release 3 drama Korea yg baru dan paling penting menarik perhatian aku.

1. Rooftop Prince (SBS)
pinjam dari En Google
Aku mmg tertunggu-tunggu drama ni sebab sebelum ni dah siap baca sinopsis semua. Dari situ aku dah agak drama ini pasti akan top. Bila release je episod 1 ari tu, terus aku dowload hehehe Mmg terbaik!!!! Selepas je tonton episod 1 tak sabar-sabar nak tunggu episod yg seterusnya.... Mcm org gian je hahaha Inilah masalah kalau tengah tonton drama yg still lagi airing kat Korea. 
( Alangkah best nya kalau aku kat Korea skrg ni, boleh on je switch TV dan tonton semua drama kegemaranku tanpa perlu dowload dan menunggu... -_- ) 


watak penyeri: 3 org pembantu dan 1 raja...
Setakat ni dah tonton sampai episod 6. Kalau kat M'sia, 23 April nanti baru start airing kat Channel One HD, ASTRO 393....  Kalau nak tahu lebih lanjut pasal drama ni boleh baca sinopsis kat koreandrama

2. King 2 Hearts (MBC)
pinjam dr En. Google
Mula-mula aku tak tertarik hati pun nak tonton drama ni, sebabnya?? Huhuhu sebab aku tak minat sangat dgn Han Ji Won, entah la kenapa aku kurang sgt nak tonton drama lakonan dia... dan yg menjadi masalahnya, aku suka pulak tengok Lee Seung Gi berlakon. Ibarat org yg serba salah hehehe

Lepas seminggu drama ni airing kat Korea, tengok rating... Wah, tip top.... dasyat ko!!! Sambil-sambil tunggu episod Rooftop Prince yg seterusnya, aku cuba la tengok episod 1 drama ni. Hmm, not bad..... Patut la rating tip top. Jalan cerita yg berbeza dgn drama korea sebelum ni.

Hmmm, MBC mmg suka buat drama ala-ala keluarga di Raja. Igt balik drama dulu-dulu yg ala-ala keluarga di raja korea macam 'Princess Hours', 'My Princess'.... semua terbaik!! Now, done watching until episode 6, waiting for next episode.... Geram tgok LSG dlm drama ni, watak dia mmg sgt annoying,  rasa nak je bagi penampar kat dia *_& hehehe tapi lakonannya mmg mantap!

3. Love Rain (KBS2)


Ommo, it's Jang Geun Suk and Yoona SNSD.... Kolaborasi yg tak pernah dibuat sebelum ni di mana-mana drama korea. Drama ni bertemakan tahun 1970's... Org kata hot 70's.... Cuba suruh mak dan ayah korang tengok drama ni, pasti dia org suka.... Dapat mengembalikan memori cinta suatu ketika dulu hehehe

Aku suka suasana dlm drama ni. Nampak klasik, romantik.... Cun dgn tema drama ni la iaitu zaman 1970's. Kalau cerita pasal rating, rating drama ni agak kurang sikit.... Mungkin bersaing dgn dua drama yg aku sebut tadi kot. Bagi aku drama ni OK je hehehe mungkin jalan penceritaannya agak slow sikit. Aku pun tak ikut sgt drama ni, cuma dah tengok beberapa episod je. Lepas dah selesai dgn Rooftop Prince dan King2Hearts, baru aku beralih semula dgn drama ni..... Sebab nak follow 3 sekaligus mcm tak dapat sebab kelajuan internet aku ni terhad huhuhu Time ni la rasa alangkah best nya kalau aku kat Korea skrg ni -__ -  
Apa yg nak aku nak cakap, Jang Geun Suk oppa... You're Hot!! ^_^

~ Inilah dia 3 drama.... Pertembungan 3 penjuru hehehe 3 drama yg hot dengan pelakonnya yg hot. Selamat Menonton semua.......... 

Friday, April 13, 2012

2AM finally comeback!!!

Tadi secara tak sengaja aku terjumpa lagu 2AM. Niat asal aku sebenarnya nak dowload OST drama korea yg terkini. Lepas tu biasa la aku kan cari lirik lagu dalam hangul dan translation sekali. Alih-alih aku ternampak lirik lagu 'Break Up Well' by 2AM. Timbul perasaan hairan di hati, sebab sebelum ni lagu 2AM takde yg tajuk macam tu. Tak puas hati, aku cuba dengar... Sah mmg bukan lagu lama dia orang.....


Sekali aku tengok cover lagu (sebab lagu tu belum ada official music video lagi ) ada tulis 2012... Aik, tak kan lagu baru?? Masih lagi dalam keadaan blur. Lepas tu cuba cari kat Youtube... Takde pulak video yg fans buat atau pun yg official music video... Yang ada cuma video dari 'Music Bank KBS2' dan dari saluran TV Korea yg lain. Siap tulis comeback 2AM 2012!!!!!!!!!!!

Ommo, kenapa la aku baru perasan sekarang?? Finally, selepas setahun tanpa album baru... 2AM comeback on last 12 March 2012... dan aku baru tahu hari ini, 13 April 2012 huhuhu genap sebulan berlalu... Macam terlambat tak aku ni?? huhuhu Rasanya belum terlambat lagi kan.... 



Album terbaru 2AM, 'F.Scott Fitzgerald's: Way of Love'.... Mengandungi 6 buah lagu...... (suka sgt cover album dia org ni... nampak klasik dan unik.... )

1) Break Up Well ( lagu baru 1st yg aku jumpa..... terus buat aku jatuh cinta ^_^ )
2) I Love You ( yg ni muzik dia ala-ala zmn dulu2, kureng sikit bagi aku )
3) One More Second ( suka sgt2... nomu2 chua...... lirik lagu ni best..... )
4) Erase All Our Memories ( rasa nak menari....hehehe aku suka....)
5) You Are Mine ( suka lirik, suka muzik.... suka semuanya...... jjang~ )
6) I Wonder If You Hurt Like Me ( jatuh leleh..... feeling....... nomu-nomu chua.... daebak.... fantastic hehehe semua amazed word aku nak sebut... -__- )

Secara keseluruhannya aku suka 5/6 lagu dari album baru ni. Dah siap dowlaod semua sekali dengan lirik lagu. ^_^ Bila hayati semua lagu dalam album ni..... Ia mengingatkan aku dengan 'kamu'.... Bait-bait semua lagu dalam album ni mengingatkan aku kisah kita. Kisah kita dari awal pertemuan sehinggalah sekarang.... Bertepatan pulak dgn tajuk album ni 'Way of Love'...

kisah cinta antara aku dan kamu.....Masih ada peluang kah??? atau biarkan ia berlalu menjadi kenangan yg sukar utk diungkapkan.... Ottoeke??? *_*


::: Kamu ~ Sukar ditafsirkan dgn kata-kata.... kerana kamu hanyalah kamu..... Itu yg aku pasti ttg kamu :::

Mood bercampur-baur -_-

Semakin hari aku rasa aku ni semakin malas nak update blog. Aduh, tengok je jumlah n3 per month, semakin hari semakin berkurangan... Entah la, mungkin mood masih bercampur-baur lagi. Sebelum ni pun bukan aktif sangat nak berbelog, tapi at least sebelum ni aku akan buat juga 1 / 2 n3 utk satu hari..... ( Mood Malas *+* )

Esok weekend la... Banyak-banyak minggu, minggu kedua di bulan April 2012 ni lah yang paling aku suka! Hari Isnin cuti, Selasa kerja... Rabu cuti balik.... Khamis baru sambung kerja lagi.... Terasa macam sekejap je nak ke hari Jumaat hikkssss sapa tak suka weekend kan???? ( Mood Suka Hati ^___^ )

Tadi buka Youtube, niat di hati nak dowload OST untuk 'Rooftop Prince', 'King2Heart' dan 'Love Rain'... Alih-alih aku terjumpa lagu 2am... Tak perasan pulak dia org buat comeback Mac lepas... Ommo, lepas sebulan baru aku tahu!!! Terus godek habis-habisan... Huarghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh, argghhhhhhhhhhh, ommo... ommoooooo..... Annoying..... Lambat betul aku tahu!!!!!!!!!! ( Mood Geram @__@ ceh, mengada je kan???? )

Masa nak balik rumah tadi, sembang dengan sorang anak murid aku. Aku tegur dia kenapa tak balik lagi, rupanya tunggu ayah dia ambil... Tanya tinggal kat mana, niat di hati kalau dekat aku boleh je tolong hantarkan... Sekali dia kata tinggal kat Sri Aman... Terkejut aku! Jauh bena rumah nak pergi kat sekolah. 

Lepas tu dia bgtau ayah dia kerja jual air kelapa kat pasar Serian... Oh, patut la sekolah kat Serian... Sebab setahu aku, jarak dari Sri Aman ke Serian bukan nya dekat.... Timbul rasa kecian, sedih juga... teringat masa aku sekolah rendah dulu..... Susah juga bila rumah jauh dari sekolah, di tambah lagi xde transport lain yg boleh diguna selain tumpang ayah je... Nak tak nak kena tunggu lama juga orang tua ambil di sekolah..... Bila kawan2 lain dah balik, tinggal kita sorang je kat sekolah mmg rasa sedih, takut, lapar, dahaga......
( Mood Sedih... sayu je hati.... )

::: Hidup ini penuh dengan cerita..... :::

Tuesday, April 10, 2012

Hari yang menyeronokkan!

Salam semua.... Annyong....

Muka semua ceria, senyum pulak sampai ke telinga hehehe Gembiranya hati, esok cuti lagi!! ^_^ Hari ini je pergi sekolah, semalam Isnin pun cuti sempena Easter Sunday so sekolah ambil cuti peristiwa. Hari Jumaat lepas mmg Public Holiday.... Kira semuanya, jadilah empat hari cuti... Syok!!!!




Bila dah cuti panjang, ambil kesempatan balik kampung. Bila dah balik kampung mmg mcm2 aktiviti yg aku buat. Aktiviti wajib, makan besar hehehe Lama aku mengidam nak makan seafood. Syukur, rezeki... Auntie aku belanja makan seafood kat TOPSPOT Tmn Kereta, Kuching. Tempat favourite kita org kalau nak makan seafood... Sibuk makan, aku terlupa pulak nak snap gambar hehehe

Esok boleh la nak bermalasan hehehe mmg seronok kan kalau hari-hari cuti!

~ Counting the day! -_-