daebak ^_^

Thursday, July 29, 2010

Beautiful place @ Korea~

Tempat yg paling aku nak pergi kat Korea ialah Pulau Jeju.... 
lagipun kat sana ada Muzium Anak Patung Beruang huhuhuhuh
cantik muzium tu
(ahaksss aku xpernah pg pun,aku tahu dari drama 'Princess hour'... 
gila sgt kat cta tu... xpcly kat KIM JEONG HOON... tu kira abg aku heeeeee......
ost drama tu pun aku siap hafal tau ngeeee)
selama ni tengok kat drama Korea je kan... 
Betapa cantiknya keindahan alam ini ciptaan ALLAH....

lau tengok tempat ni teringat part kat dalam drama Auntumn In My Heart...

Pulau Jeju yang terletak sejam perjalanan udara dari Seoul, 
adalah sebuah pulau yang terbentuk dari gunung berapi yang telah mati. Longgokan lava menyebabkan Pulau Jeju memiliki tanah yang subur, 
sekaligus sesuai menjadi kawasan pertanian.
Tarikan utama Pulau Jeju adalah keadaan alam sekitarnya yang indah dan bersih. 
Pulau Jeju dianggap salah sebuah tempat yang paling tidak tercemar di seluruh Asia. Tiada aktiviti perkilangan berjalan di pulau ini, 
menjadikannya sentiasa terpelihara dari pencemaran.
Jika ke Pulau Jeju, anda boleh berehat dengan tenang, tanpa gangguan dari dunia luar. Setelah berehat, anda boleh menghabiskan masa melawat kawasan ladang teh yang ada di pulau ini. Anda juga boleh melihat kawasan 
pembentukan batu basalt, yang terbentuk apabila lava menyejuk. 
Atau anda boleh sekadar bersiar-siar di Lembah Andok untuk menikmati kecantikan alam sekitarnya yang indah. Untuk anda yang gemar beriadah, 
Pulau Jeju menawarkan aktiviti seperti berbasikal, mensnorkel, para-luncur, meluncur angin, menunggang kuda dan bermacam-macam lagi. 
Anda juga boleh menempah bot untuk pergi memancing. Lautan di sekitar Pulau Jeju sememangnya kaya dengan pelbagai hidupan laut.



Best nyer lau leh mandi - manda kat cni..... uargggghhhhh

Selain itu, anda juga boleh berkelah di Air Terjun Jeongbang 
atau Air Terjun CheonJeyeon, ataupun melawat kawasan perkampungan
penduduk Pulau Jeju 
untuk mendekati cara hidup masyarakat tempatan. 
DI Pulau Jeju juga terdapat sebuah muzium 
Anak Patung Beruang yang pasti disukai oleh kanak-kanak. Atau jika anda bernasib baik, semasa anda berkunjung ke situ, mungkin sedang berlangsung Festival Matahari Terbit Seongsan atau Festival Bunga Canola Berkembang, atau pun anda boleh menyaksikan Pertandingan Ironman Antarabangsa Korea.



nice view!!!!!

hehhehehhe aku siap survel lagi macam mana nak g Pulau Jeju...
ahakssss tapi mcm mahal je... biasa la Korea kan taraf hidup kat sana tinggi ckit....
tp xpe di mana ada kemahuan di situ ada jalan...
kumpul $$$$$ heeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

Maklumat Am
Bagaimana untuk ke sana :
(Udara)
Lapangan Antarabangsa Jeju mempunyai sejumlah 18 syarikat penerbangan yang menyediakan penerbangan terus (12 tempatan, enam antarabangsa).
(Air)
Terdapat perkhidmatan feri dari beberapa bandar
Busan – Isnin hingga Sabtu, perjalanan selama 11 jam. Bertolak jam 7 malam setiap hari dari/ke Jeju. Terdapat tiket kelas pertama, kelas kedua ( W53,000 – berkongsi bilik) dan kelas ketiga (W39,000 – tidur di lantai).
Mokpo – Perjalanan selama lima jam setengah, tiket dari W19,950.
Incheon – Perjalanan selama 12 jam.
Wando – Perjalanan selama tiga jam.
selain Pulau Jeju, aku teringin gak nak pg ke Taman Tema Lotte World....heeeee 
aku tau pun dari drama Korea 'Sad Love Story'..... 
cta ni best gak, aku jadi ratu air mata disebabkan cta ni...sedih sgt2...
tp kira cinta sejati la...enternity love ngeeeee 
ost pun syok, siap aku hafal gak hahahhahaha cantik sgt tempat ni.... 
hmm 'Full House' pun kat cni tempat acting...
laaa yg part Rain nak pikat pompuan 2 ehhheee
sekali merajuk tunggu pompuan tu lambat sgt...
tapi Rain tunggu gak ahaaaa....
romantik je part tu....
tapi mst sejukkkkkk kat cni...
kena bawa baju sejuk yg betul2 tebal....

best nyer.....lau la leh meluncur ais kat cni hmmm siap berangan ala2 dalam drama Korea

Taman Tema Lotte World 

Lotte World adalah sebuah taman tema yang terletak di tengah-tengah kesibukan Kota Seoul. Ia mempunyai pelbagai jenis permainan yang mencabar, selain mempunyai gelanggang ais dan muziumnya sendiri. Anda pasti tidak sempat merasa bosan di taman tema ini. Ini kerana terdapat banyak permainan yang boleh anda cuba, daripada yang mengujakan seperti The Conquistador, Pharaoh’s Fury, Giant Loop dan Flume Ride, kepada yang santai seperti Camelot Carrousel dan The Adventures of Sinbad.

Bagi yang inginkan kelainan, anda juga boleh melawati The 4-D Theatre. Di sini anda akan merasai pengalaman menonton filem dalam bentuk visual 4-D, yang pasti menjadi pengalaman baru untuk anda. Anda juga boleh menonton persembahan silap mata di The Magic Theatre atau melihat persembahan boneka di The Royal Puppet Theatre. Lotte World juga menyediakan banyak perarakan berwarna-warni yang menghiburkan untuk para pengunjung. Anda juga boleh mengunjungi muzium di situ untuk melihat sejarah kebudayaan masyarakat Korea dengan lebih dekat lagi.

Maklumat Am
9.30 pagi hingga 11.00 malam
Tiket :
Jenis Tiket Dewasa Remaja Kanak-kanak Nota
Pasport 35,000 30,000 26,000 Penggunaan percuma semua kemudahan, termasuk kemasukan (permainan dikecualikan).
Kemasukan 24,000 21,000 18,000 Kemasukan dan menonton persembahan secara percuma.
Pasport After4 28,000 24,000 20,000 Pas percuma untuk selepas 4 petang.
Kemasukan After4 21,000 18,000 16,000 Tiket kemasukan berdiskaun untuk selepas 4 petang.

Bagaimana untuk ke sana :
Subway
Turun di Jamsil Subway Station (Seoul Subway Line No.2 dan No.8) Exit No.4. Lotte World bersambung terus ke Subway Station.

yg ni dulu lah erk ehheeee nanti aku update lagi pasal Korea ni.... 
byk lagi tempat best... 
tunggu ye....
~peace,may ALLAH bless♥

No comments:

Post a Comment