daebak ^_^

Sunday, July 25, 2010

Buat kaum Hawa~

hari ini aku dok umah je rehat....sepatutnya minggu ni kena balik kampung tp kena tunda minggu depan.... heee sbb minggu ni giliran mum aku cek peti ais (sbb ada vaksin yg disimpan dlm peti ais so perlu cek utk kawalan vaksin) mum aku nurse kat Klinik Ibu dan Anak Serian..... 
xsabar nye tunggu weekend next week ngeee nak jalan2..... aku ni suka jalan.... ni pun aku rasa dh mcm sot sikit heeee sbb dh 2 minggu weekend dok rumah je heeeeee sambil2 tu aku baca la info yg da kat i.luv.islam.... sesaje nak menambah ilmu..... kita manusia ni sering lupa...lalai..... bila baca info2 yg berguna tu sekaligus dapat memberi peringatan dan melahirkan rasa insaf heeeee aku berceramah jap......eheeeee......... kali ini nak share info khas untuk kaum Hawa......
bersyukur je rasa sbb lahir sbg seorang perempuan.... ingat sng ke nak jadi perempuan..... ingat lagi aku kata2 Ustazah Anida masa belajar dulu... perempuan ni mudah nak masuk syurga tapi mudah gak nak masuk neraka..... meh kita baca serba sikit pasal kaum Hawa>>>>


Sabda Rasulullah s.a.w:
"Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah." HR Muslim
Ramai manusia menisbahkan kemulian wanita pada kecantikan semata mata, ada juga yang menisbahkan kemuliaan mereka pada kekayaan, dan tidak kurang juga pada keturunan, tetapi ini semua adalah penilaian oleh insan yang buta mata hatinya...
Kemuliaan semua makhluk Allah adalah terletak pada nur taqwa...
Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita, walaupun mereka diselubungi kelemahan, tapi teriakan mereka mampu merubah segalanya.
Oleh yang demikian, Allah telah menetapkan hukumnya ke atas mereka; walaupun berat di pandangan mata si jahil dan ingkar tetapi ia adalah kemanisan iman yang dicicip oleh wanita solehah.
Kerana itulah...
Sebagai anak, dia menjadi anak yang solehah...
Sebagai isteri, dia menjadi isteri yang menyenangkan dan menenangkan hati suaminya...
Sebagai ibu, dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasih sayang..dan pastinya sebagai hamba Allah, dia akan menjadi hamba yang tunduk dan menyerah diri hanya kepada-Nya...
Firman Allah dalam surah an-Nisa': 24
"Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki mahupun wanita sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun."
Dalam Islam wanita amat dihormati dan dihargai peranannya. Sebagaimana eratnya hubungan siang dan malam yang saling melengkapi, begitu juga lelaki dan wanita diciptakan untuk saling melengkapi. Setiap lelaki dan wanita memiliki tugas-tugas dan kewajipan-kewajipan yang berlainan, sesuai dengan fitrah masing-masing. Namun, matlamat hidup setiap lelaki dan wanita adalah sama, iaitu mencari redha Allah, Mardhatillah.
Rasulullah s.a.w telah memerintahkan supaya kaum wanita diperlakukan menurut fitrah ia dijadikan sebagaimana dalam sabdanya yang bermaksud...
"Berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran mereka diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok adalah bahagian yang teratas, jika kamu cuba untuk meluruskannya kamu akan mematahkannya dan jika kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok, maka berlaku baiklah terhadap kaum wanita kamu." Al-Bukhary dan Muslim
Nilai wanita bukan terletak pada pakaiannya yang menonjol, berhias diri untuk memperlihatkan kecantikannya, tetapi hakikatnya ialah pada kesopanan, rasa malu dan keterbatasan dalam pergaulan. Wanita solehah itu adalah wanita yg tegar menjaga maruahnya,serta apa yang lahir dari dirinya, dari hujung rambut hingga hujung kaki, termasuklah wajahnya, suaranya, senyum tawanya, jalannya,tulisannya hatta namanya sekalipun, wajahnya bukan aurat,tapi ada kalanya ia menjadi aurat. 
aku paling suka kata2 ni...betapa Islam ni mengangkat martabat kaum hawa....
rasa syahdu je bila baca semua tu... rasa diri ini belum cukup lagi ilmu untuk menjadi ciri2 wanita yg disebut oleh Rasulullah...
wahai kaum Hawa di muka bumi ini, sama2 la kita memperbaiki diri kita moga dapat menjadi wanita solehah di sisi ALLAH....
menjadi anak yang baik buat ibu bapa kita...
isteri yg solehah buat suami kita (heeee ni aku tujukan buat yg dh berkahwin, ngeee aku belum sampai lagi tahap ni heee)
Tangan yg mengayun buaian mampu mengoncang dunia............
~peace,may ALLAH bless♥
 

No comments:

Post a Comment