daebak ^_^

Thursday, July 29, 2010

my dream~ KOREA....

Heeeeeeeeeeee wat up olll ngeeee salam......semalam xsempat nak b'blog sbb tdo awal....penat dgn keje yg melambak.... hari ini sempat la sbb tadi relax je keje pun xbyk sgt.... hahahhaha kelakar je bila baca komen semalam yg pasal aku bermadu dgn kwn aku.... KIM BUM punya pasal hahahhaha
mood nak melancong datang la....seyes jerrrrrrrr.... uarghhhh rasa nak g KOREA.....anyone can give me free ticket flight to Korea??? hmmm impian aku tu... top list aku.... bila la aku leh jejak negara impian aku tu... M'sia~SWK mmg la best gak tp kira Korea negara no2 ahaksssss..... demi utk kepuasan diri sendiri aku searching everything about Korea.... hehehhehe Let read about Korea>>>>>

Korea terletak di Semenanjung Korea di timur laut Asia. Ia dikelilingi dua buah negara dan tiga buah lautan. Di barat laut adalah Sungai Yalu yang memisahkan Korea dari China. Di timur laut adalah Sungai Tumen yang memisahkan Korea dengan Rusia. Laut Kuning berada di hala barat, Laut China Timur di selatan, dan Laut Jepun (Laut Timur) di timur Korea. Pulau-pulau terkemuka Korea adalah Jeju-do, Ulleung-do dan Dokdo.
Korea merupakan sebuah masyarakat yang homogen, menutur sebuah bahasa yang dipanggil Hangungmal/chosonmal dan menggunakan sistem tulisan yang dipanggil hangul. Masyarakat minoriti Cina wujud di Korea Selatan (lebih kurang 20,000) dan Jepun di Korea Utara. Jumlah penduduk Korea adalah 73 juta orang.
Korea ditubuhkan pada 2333 SM oleh Dangun Wanggeom, raja pertama Korea. Pada masa itu, kerajaannya dipanggil Joseon tapi kini digelar Gojoseon (Joseon Lama) untuk membezakannya dari Dinasti Joseon yang ditubuhkan pada 1392. Barang-barang buatan tradisional Gojoseon ditemui di serata Korea dan di selatan Manchuria.
Pada 4 SM, Korea mula mengambil sistem dari China purba bagi memperkayakan budaya masyarakat Korea seperti tulisan Cina (disebut hanja dalam bahasa Korea) dan agama Buddha serta aspek-aspek lain. Menariknya mereka kemudiannya mengeksport pula aspek budaya ini ke Jepun bagi membantu negara itu beralih ke sistem yang lebih bertamadun.
Di akhir era pemerintahan Dinasti Joseon, Korea mula mengasingkan diri dari negara-negara lain hingga ia diberi jolokan "Kerajaan Pertapa". Pada akhir abad ke-19, Korea menjadi sasaran negara kuasa besar yang mempunyai hasrat untuk menjajahnya. Pada 1910, Korea digabung dengan secara paksa oleh Jepun dan berada di bawah jajahan mereka hingga akhir Perang Dunia II.
Walaupun ketika pendudukan Jepun, Korea dilimpahi dengan pembinaan infrastruktur moden. Namun ramai di Korea dan di luar negara menganggap pendudukan itu sebagai sesuatu yang kejam. Disebabkan itu, ramai rakyat Korea mengambil bahagian dalam pergerakan-pergerakan menentang kerajaan Jepun. Salah satu pemberontakan penting yang dijalankan adalah peristiwa Pergerakan Kemerdekaan 1919. Pergerakan ini telah dihalang dengan keras oleh askar dan polis Jepun. Hampir 7,000 rakyat Korea telah dibunuh.
Semasa Perang Dunia II, ramai rakyat Korea dipaksa untuk menyokong usaha perang Jepun. Berpuluh ribu lelaki Korea dikerahkan ke dalam tentera Jepun dan hampir 200,000 wanita dipaksa menjadi buruh dan hamba seks mereka. Lebih 60,000 rakyat Korea bekerja di dalam keadaan yang kejam di lombong-lombong di Jepun dan ramai yang mati sewaktu bekerja dari 1939 ke 1945. Bilangan orang yang tidak diketahui juga telah dihantar ke makmal-makmal di Jepun untuk dilakukan eksperimen ke atas mereka, yang dikelola oleh Unit 731.
Perasaan anti-Jepun masih berleluasa di Korea terutama sekali di kalangan orang tua disebabkan kekejaman mereka semasa pendudukan dan juga pelbagai pertelingkahan yang berlaku pada masa kini.
Dalam hal makanan, masakan Korea yang terkenal barangkali adalah kimchi iaitu makanan sayur yang dijeruk dan ditapai. Cili juga digunakan dalam pembuatan kimchi dan kerana itu kimchi terkenal sebagai sejenis makanan yang pedas. Ikan pula sering dipanggang atau direbus dengan api yang perlahan merupakan sumber protein yang utama. Bulgogi (daging lembu dan ayam yang dijeruk dan dipanggang), galbi (tulang rusuk)) merupakan masakan daging yang popular di Korea. Makanan Korea selalunya diiringi dengan sup atau rebusan yang dibuat dengan adunan kacang dan dikenali sebagai dwenjang. Makanan popular adalah bibimbap (nasi campur), ngengmyeon (mi sejuk), galbitang (tulang rusuk yang direbus lama), dan dwenjang jigae (sup kacang).

Empat Musim yang Memukau
Bumi Korea diwarnai empat musim yang cukup mempesonakan. Setiap musim hadir memiliki keistimewaan tersendiri dengan rupa bumi dan keindahan yang sukar digambarkan melalui kata-kata. Hakikatnya ia mengingatkan kita kepada Pencipta Maha Agung, Allah SWT. Hayatilah pesona Korea yang mampu membuaikan sesiapa sahaja yang melihatnya.


Musim luruh di Korea indah menggamit pandangan. 

Musim luruh bermula dari September hingga November. Dipayungi langit biru dan bertemankan cuaca yang cerah. Paling menawan kawasan hutan di pergunungan dipancari dengan warna-warna musim luruh yang memukau pandangan.


Korea pada musim bunga diwarnai dengan keindahan alam semulajadi. 

Musim bunga adalah sekitar bulan April hingga Jun. Dikatakan antara musim paling menarik untuk mengunjungi Korea. Cuacanya yang sederhana dengan pokok ceri lebat berbunga di seluruh negara pada bulan April. Begitu juga dengan bunga-bunga lain, kembang menawan seperti bunga camelia, azalea dan beberapa jenis pokok berbunga serta tumbuhan lain. Tetapi cuacanya adakala sejuk maka anda diingatkan untuk membawa bersama baju panas.


Korea pada musim sejuk dilitupi salju. 

Musim sejuk melewati bulan Disember hingga Mac. Udara kering kadangkala teramat sejuk terutama di kawasan utara Korea. Angin Siberia yang dingin lazimnya menyebabkan suhu bulan Januari merudum hingga ke paras bawah kosong di kebanyakan tempat di Korea (kecuali Jejudo). Ketika inilah sesiapa yang berkunjung ke sana akan menghargai ondol (pemanas pelapik lantai) dan oncheon (spa musim panas) serta sauna dan juga sup berempahnya. Salji memutih memenuhi hanok (rumah tradisional) kelihatan sungguh cantik sekali. Musim sejuk juga merupakan saat yang dinantikan oleh mereka yang gemar bermain ski, papan selaju salji dan peluncur ais. 
 

Musim panas di Korea dengan pepohon menghijau menyegar pandangan. 

Musim panas bermula dari penghujung Jun hingga akhir Ogos merupakan musim monsun di Korea. Ketika inilah Korea akan menerima sebanyak 60 peratus hujan, kemudian diikuti dengan cuaca yang panas dan lembap. Walaupun cuaca ini dapat ditangani dengan adanya alat penghawa dingin tetapi kebanyakan penduduknya akan meninggalkan bandarnya untuk bercuti ke kawasan pergunungan, pantai dan pulau. Begitu pun pada musim ini kemungkinan berlakunya satu atau dua ribut taufan. 

wahhhhhhh cantik nyer.....hati ini meronta2 ingin jejak ke Korea..... 
jap lagi nak share tempat2 yg menarik kat Korea plak heeeeee 
aku ni ala2 buat kajian la pasal Korea heeeeeeee senang nanti xla sesat kat negara orang huahauahaua perasan je kan...tapi itulah impian aku.... my dream.... pas je aku keja, dah settlekan cma hal pasal family aku heeeeeeeee 
aku akan terus fly>>>>Korea..... Korea....wait for me~ ngeeeeeeeeeeee

No comments:

Post a Comment