daebak ^_^

Friday, August 13, 2010

erti sebuah kebahagiaan~

Rindu pada Ramadhan sudah terubat... heeeee
terasa malamnya sungguh tenang....
al-maklumlah syaitan, iblis sudah digari di dalam neraka....
inilah kebahagiaan yg kunantikan selama ini... ngeeee

kebahagiaan adalah sesuatu yg abstrak.... ia mempunyai maksud yg meluas dan ifektif.... ramai yg cuba mencari erti sebuah kebahagiaan itu tetapi gagal.... kerana apa mereka GAGAL???? kerana mereka kurang mengerti erti sebenar kebahagiaan itu~

Ibn Khaldun b'pendapat bahawa kebahagiaan seseorang itu adalah tunduk dan patuh mengikut garis panduan ALLAH dan berperikemanusiaan....

Iman Al-Ghazali pula b'pendapat bahawa kebahagiaan sesorang itu akan dirasai kelazatannya apabila sering mengingati ALLAH....

kalau kita lihat kehidupan manusia zaman sekarang, byk yg berkata mereka hanya akan mengecapi kebahagiaan apabila mempunyai wang yang banyak.... Manusia sekarang sering alpa dek sibuk mengejar kekayaan duniawi......
Wang ringgit bukanlah pengukur sesebuah kebahagiaan.... 
apa yg paling penting ialah sejauh mana kita sebagai hamba ALLAH di muka Bumi ini mencorkkan kehidupan kita......


hmm, teringat dengan sebuah madah yg cukup dalam maksudnya~
Sesungguhnya kita( manusia ) yg hidup di muka Bumi ini adalah pelakon.... ALLAH adalah direktor dan juga juri 
manakala MALAIKAT ialah jurukamera...... 
PADANG MASYAR adalah hari penganugerahaan 
dan SYURGA atau NERAKA adalah trofinya...... 
mana satu trofi pilihan anda????
aku pasti semua memilih untuk menerima SYURGA sbg trofi..... kan???
tetapi sejauhmanakah amalan kita ini????
terasa diriku juga serba-serbi kekurangan..... sentiasa berusaha memperbaiki kelemahan diri utk mencari keredhaan ALLAH~

dapat disimpulkan di sini, erti sebuah kebahagiaan itu adalah apabila kita merasai ketenangan hakiki dan cinta dari ALLAH.... 
itulah erti kebahagiaan yg hakiki.... 
sempena bulan Ramadhan Al- Mubarak ni sama- samalah kita memperbanyakkan ibadah sunat seperti Qiamulail, b'zikir,
membaca Al-Quran, b'sedekah dll.....
niat juga harus ikhlas nawaitu kerana ALLAH taala..... insyaALLAH segala amalan mahmudah kita itu akan diterima oleh ALLAH......
terima kasih kerana sudi membaca coretanku ini....
~peace,may ALLAH bless♥

No comments:

Post a Comment