daebak ^_^

Sunday, August 15, 2010

Fadhilat Solat Terawih......

hari ini dah 5 hari umat Islam berpuasa.....
tapi bagiku hari ni kira hari yg ke2 hikhik...
biasa la rukhsah buat kaum Hawa heeeee....
seronok nye dapat terawih ramai2 kat surau tadi....
rasanya surau kpg aku penuh dgn kaum kerabat family aku je....
sbb mmg keluaga Hj.Bero yang memonopoli Kpg Munggo Limo,Serian.........
sbg pemangkin buat semua,nak share pasal fadhilat solat terawih ni....
meh baca,moga dapat menambahkan lagi ilmu kita>>>>

FADHILAT TARAWIH

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan. 


2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya. 


3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya 

pada malam-malam yang lain, 
semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran. 


5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, 

Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa. 

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama 

pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur 
serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang 
yang mengerjakan tarawih malam itu. 

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta 

menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman. 

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.


9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w. 


10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat. 


11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih

dari dosa seperti baru dilahirkan. 

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat 

dengan muka yang bercahaya-cahaya. 

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa 

dari sebarang kejahatan dan keburukan. 

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka. 


15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.


16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.


17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini 

sebanyak pahala Nabi-Nabi. 

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu 

(yang masih hidup atau yang sudah mati). 

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus. 


20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh. 


21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga 

yang diperbuat dari cahaya. 

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut. 


23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar 

di dalam syurga daripada cahaya. 

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut. 


25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.


26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut. 


27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat. 


28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat. 


29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya 

pahala seribu haji yang mabrur. 

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar


MASYAALLAH betapa besarnya pahala yg kita perolehi...
marilah sama2 kita mengimarakkan masjid/surau...
moga mendapat keredhaan ALLAH....
~peace,may ALLAH bless♥

2 comments:

  1. Memang tidak dapat dinafikan bahawa solat sunat terawih mempunyai kelebihan. walaubagaimanapun fadhilat ramadhan yang dipaparkan adalah hadis Mauduk atau diada2kan atau dalam bahasa mudahnya palsu. Hadis ini dikatakan diriwayatkan oleh Ali r.a daripada Nabi s.a.w. Bagaimanapun setelah ulama2 hadis menyemak di dalam kitab-kitab hadis dan sunan2 hadis, tiada satu pun mencatat hadis berkenaan.

    Ikhtimal (kemungkinan ) hadis ini direka oleh seseorang untuk menggalakkan orang ramai ke masjid bagi menunaikan terawih. walaubagaimanapun tujuan baik tetapi cara salah amatlah ditegah sama sekali. Sesuai dengan Sabda Nabi s.a.w :

    Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka. (Bukhori, Muslim)

    Wallhu A'Alam

    ReplyDelete
  2. ya ka Izwan...hmmmm baca kat buku and laman web juak.... terima kasih kerana berkongsi....
    juz guna ya sebagai motivasi utk rajin mengerjakan terawih jak la ooo.....
    syukran~

    ReplyDelete