daebak ^_^

Wednesday, September 22, 2010

versus~

Syukur, berjaya gak aku puasa sunat hari ni, semalam mula puasa. Rasanya ok je heeee esok pun puasa gak. Sangat suka heee kalau esok puasa gak kira dah habis la ganti puasa. Yee raya lagi lagipun still dalam bulan Syawal. Awal aku ganti puasa tahun ni hahahha sebelum ni nak dekat Ramadhan yang baru,hmm baru dok sibuk nak ganti puasa...teruk je kan?? ish2 heeeee. Boring la kat tempat keja di minggu2 terakhir ni, sangat tidak sabar untuk habis praktikal..Adushh, report tak siap lagi huhuhu Sekarang ni staff kat SALCRA sibuk buat persiapan untuk opening ceremony Wisma SALCRA. Majlis tu berlangsung minggu depan Isnin, 27 September.....
Oleh kerana kerja yg hanya seciput je yg patut aku buat, mata pulak mengantuk tahap gaban. Aku ambil langkah mengelak tertido uhuuuu baca novel...Nasib baik aku mmg ada bawa novel ke tempat kerja. Saja mmg dah ready ubat utk elak mengantuk di saat keboringan. Dah baca novel versus sebenarnya sebelum ni, pinjam yang Enot punya tapi xdapat nak feeling sebab masa tu sibuk melancong kat Sibu, Swk. ehheee boleh pulak aku nak hayati novel masa melancong. Mmg dah plan nak beli gak Versus walaupun dah baca. Demi Hlovate sanggup~ for my collection... semua novel Hlovate aku dah miliki tinggal satu je lagi iaitu Rooftop Rant...aku akan cari gak hihihihi *_*^
Sangat best story ni... Ingat tak post aku yg sebelum ni yang pasal Ked's Story by Hlovate. Ha, ni la kesinambungan kisah Ked's Story... *wink.....mmg syok tahap xleh tahan huhuhuhu kalau boleh aku nak bagi bintang yg tak terhingga..Kalau lihat cover novel mst semua anggap cita ni mcm kisah budak2 skate yg xsenonoh TAPI hakikatnya lain. Dont judge a book by it's cover. Mmg story ni pasal budak skate yg pada mulanya hidup penuh dengan kelalaian. Finally, hidup dia orang berubah. Ke arah yang lebih baik. Watak utama dlm novel ni AO & Minn.. Watak sampingan abg Minn, Ked & Nawal. Bila baca novel ni rasa insaf menguasai diri. Sayu je baca bait2 dalam novel ni. Rasa macam baca buku agama la plak. Perbincangan pasal agama dihuraikan dengan baik walaupun santai je. Meresap ke dalam sanubari bagi yg betul2 menghayatinya. Aku suggest korang baca novel ni. Boleh jadi panduan bagi sesiapa yg memasang niat utk berubah ke arah yg lebih baik. Dekat kepada ALLAH.
Hati aku menangis dek penangan novel ni. Serius aku cakap, sangat admire pada Hlovate. Kalau lah aku boleh jumpa dia mst seronok. Watak AO mengingatkan aku pada senior aku zaman sekolah agama dulu. Masa kat sekolah mmg kira senior aku tu budak gila2 cikit la tapi xla dalam kategori nakal. Sekarang fuhhh dah change jadi ala2 ustaz. hmm tabik la kat dia.. Kira dia mendapat anugerah dari Ilahi yang tak terhingga. Kalau la nasib aku sebaik Minn seronok kan?? heeee sudah datang mood berangan aku heeeee. Harap la aku leh jumpa seseorang macam AO, tak pun Ked ok gak. heeeeeee Izah tolonglah jangan nak perasan...ngeeeee~
kdg2 xsemestinya sumtink yg kta suka adlh terbaik utk kita & xsemestinya sumtink yg kta xsuka adlh xbaik buat kta...u will never reach perfection b'coz der's ovez room 4 improvement...better to have sumtink than nothing,never say die b4 u try!!! 
~peace,may ALLAH bless♥

No comments:

Post a Comment