daebak ^_^

Sunday, October 17, 2010

come back journey 1

Lama aku xupate blog dalam minggu ni. 
Menghabiskan waktu terluang dengan jalan2 di KL. 
hehehe tujuan utama aku ke KL sebab nak hantar repor aku. 
Nak tau tak journey aku hari tu??? 
Meh tengok catatan aku ni~

13 Oktober 2010....
Pagi tu aku kat rumah lagi. Sangat tidak sabar nak pergi. Ye la aku rindu kat 'burung gergasi' hehehe suka sangat kat flight!!!! Sangat bengang gak kat adik2 aku. Sepatutnya dia orang yang hantar aku kat airport tapi dia orang nak pergi Kuching la plak. Disebabkan dia orang ada urusan terpaksa la aku drive sendiri ke airport Kuching.

Aku gerak dalam jam3.30 petang. Tu pun sempat singgah beli minyak kereta dan kolo mee yang abg long aku kirim. Petang tu mmg nasib aku kot.... Hujan lebat giler. Dengan penuh kesabaran bawa kereta dengan berhati2. Alhamdulillah sampai kat KL dlm jam 4.30 petang. Ruth dah tunggu aku kat airport hehehe 

Dalam jam5.30 baru kita org check in. Aku senang je sebab xda bawa luggage yg besar so hand carry je dlm flight. AK5213 siap berlepas jam 6.30 petang. Sangat excited masa nak take off sebab aku memang gemar part tu eheeeee Dah la memang nasib aku baik dapat duduk kat tepi tingkap. Sebenarnya aku duduk kat 28B tapi 'wanita cina' tu bagi aku tempat duduk dia kat 28A hehehhe best!!! kat tepi tingkap dan aku boleh menghadap sayap 'Burung Gergasi AK5213' hehehehheRuth duduk kat 19 tapi aku lupa A/B/C hehehhe  rasa gentir gak sebab kat Kuching hujan lebat. Terasa bergegar je. Bila dah sampai kawasan KL, cerah je cuaca baik. Sangat cantik environment petang tu tapi aku xsempat nak capture view tu sebab kamera aku kat dlm beg hehehe

Sampai kat LCCT,KL dalam jam8.10 malam. Aku n Ruth relax jap n singgah makan sebab aku betul2 lapar. Tak makan langsung dari pagi. Dah selesai makan terus ambil teksi menuju ke kolej. Excited!!!!!!
Sampai kat kolej dalam jam 10 malam.5 bulan meninggalkan kolej...Wahhh banyak perubahan!!!!! Gembira dapat jumpa kawan2 lama. Ayau & Linda siap beli kek n sate..Nyummyyyyy. Sekali sambut besday Ruth...

besday cake for Ruth

Ruth,Me & Ayau~
Abg long mesej kata dia orang tengok wayang. Siap pesan kat aku jangan tido dulu. Hmmm dalam jam1 pagi macam tu baru abg long datang kolej. Uwwwwaaaa rasa macam mimpi. Dah la esok abg long keje full xdapat la dia nak jumpa aku. Esok aku dah g Putrajaya.. Nak jumpa sahabat2 SMKAM plak.... panjang je sembang aku, Abg Long & Ilham.... 

Malam tu pun aku xtau jam bpa kita orang ( Aku, Ruth, Ayau & Linda ) tidur. Banyak sangat berkongsi cerita hehehe mengungkit kisah2 lama~

No comments:

Post a Comment