daebak ^_^

Sunday, October 17, 2010

come back journey 2

~sambungan ^_^

14 Oktober 2010

Pagi tu aku sedar hari dah cerah. Nasib baik aku period lagi kalau tak memang terlepas la subuh.Heeee gara2 tido lewat semalam. La, lihat jam baru jam7.30 pagi. Relax jap. Jam8 baru pergi mandi... Lepas tu nak hantar report......
penentu masa depan~ finally it's done!!!!!
Selesai hantar segala dokumen penting dan report aku, naik terus ke bilik. Bersiap2 sebab nak jalan2 kat Terminal dulu sebelum gerak ke next destination~ Putrajaya.....
Dalam jam10 lebih kita orang gerak ke bandar Seremban. Cuci mata, survey barang dan aku sempat membeli seluar, baju dan 2 pasang kasut hehehe lepas tu sahabat aku 'abg ngegek' dah mesej tanya kita orang kat mana. Aku suh dia cari Ruth sebab time tu aku masih try kasut. Selesai beli barang, kita orang g makan. Sambil2 makan sembang panjang. Hmmmm, lega akhirnya persengketaan aku dan 'abg ngegek' dah settle... Harap dia xmarah kat aku. Sorry friend!!!!! Sempat posing sementara tunggu makanan yg di order sampai...

sahabat lama bersua kembali.....

5 friend....syg nye abg long xda...slalu kita 5 mst ada~
Hmmm,rasa ceria je. Banyak kisah suka dan duka dikongsi bersama. Selesai makan kita orang sambung jalan2 lagi. Dalam jam1 macam tu baru aku gerak ke Stesen Komuter. Sedih nye masa nak berpisah dengan dia orang. Paling sedih abg long xdapat join hantar aku. Dia sempat call aku masa kat stesen komuter. Harap dapat jumpa sahabat2 semua~

Perjalanan ke Bandar Tasik Selatan kira2 20 minit dari Seremban. Aku nampak enot masa kat Stesen Serdang tapi dia naik gerabak lain. Heheheh jumpa ngan enot kat Stesen Bandar Tasik Selatan... Next destination, Putrajaya. Hehehehhe best nye...aku suka putrajaya sebab ada PICC..... kita orang naik ERL ke putrajaya. Sebenarnya tu la pertama kali aku naik ERL sbb sblm ni xpernah naik pun. Kalau setakat komuter, LRT & monorail mmg dah biasa. Dah sampai ke stesen Putrajaya, aku n enot naik bas gerak ke alamanda jap. Enot nak beli barang dapur sikit. Naik bas 50 sen je..tapi berbaloi sebab pusing2 seluruh presint yang ada kat putrajaya tu.

Dah sampai kat alamanda, enot beli barang jap. n then kita orang balik naik teksi ke rumah abg enot kat SMK Sultan Alam Syah, Putrajaya.... Abg enot mengajar kat sekolah tu.. Sekolah yang terbaik... anak2 org besar banyak sekolah kat situ....Thanks enot & Abg Nasir....
Aku n enot rehat je petang tu, sebab dah penat sangat. Jauh perjalanan kita orang. Esok da program lagi.......


Finally, it's done.....
Tamatlah kisah aku sebagai student 'U'....
Menunggu utk konvo lagi...^_^
Setiap takdir yang ALLAH dah tentukan adalah yang terbaik untuk setiap insan....
Have faith...To live well or live hell!!!!
You choose!!!!!
~may ALLAH bless♥

No comments:

Post a Comment