daebak ^_^

Friday, October 8, 2010

Fuh,lega!!!!!!!!

Akhirnya, hari ini aku dah selesaikan semua tugasan yang perlu aku buat sebelum fly ke Kuala Lumpur 13 Oktober ni. Malam tadi aku bersengkang mata untuk buat final touch for my report. Bila dah betul - betul puas hati baru aku tido. Tadi aku gerak ke Kota Samarahan dengan adik bongsu aku dan my cousin. Sebelum pergi print report, kita orang singgah makan kat Warung dulu. Aku seperti biasa la pekena kolo mee dulu. Lepas makan baru pergi print report. Mula - mula aku pergi kedai print yang biasa aku pergi sebelum ni masa aku tengah praktikal. Tapi tadi aiyooooo lambat giler tunggu mamat tu print assignment dia. Kedai print tu mmg glamour di kalangan student UiTM, Kota Samarahan, Sarawak sebab asrama dia orang betul - betul dekat belakang kedai tu.

Aku sabar lagi tunggu. Sambil2 tu belek novel yang ada kat kedai tu tapi xda yg berkenan... Mamat tu perasan kot aku lama tunggu, dia tanya aku byk ke x nak print... Aku kata mmg banyak sebab kena print 2 report. Hmmm sabar je lah... Aku sempat tengok assignment yang mamat tu print... La, rupanya report praktikal kira sama macam aku gak. Kira sama kes la ni hahahha.. Lepas tu ramai plak kawan2 mamat tu datang. Salah seorang kwn dia kata, hai hari ni nak hantar baru nak g print ke?? Hmmm, budak lelaki mmg slalu mcm ni kan??? Dah last minit baru nak sibuk buat itu ini.... Aku rasa mmg lama nak tunggu ni. Jadi aku decide pergi kedai satu lagi lah... Hampeh je rasa tapi tak pe la....

Fuh, nasib xda orang kat kedai print no2 ni. Ok settle print... Semuanya berjumlah RM 28.00 fuhhh kira mahal gak kan... Tapi xpe demi tugasan terakhir.... Selepas settle semua urusan print, aku singgah ke Wisma SALCRA nak hantar report utk SALCRA. Bila sampai kat situ semua tegur...Hehehehhe macam lama tak jumpa la plak.....

Habis urusan kat SALCRA, kita orang teruskan perjalanan ke Bandar Kuching. Aku nak pergi beli kek sarawak yang lecturer aku pesan. Last destination ialah Bolouverd. Sempat beli barang untuk masak je. Apa2 pun aku sangat lega hari ini. Semuanya dah selesai. Sangat tidak sabar untuk menyerahkan report yang terakhir untuk UUM......(^_^)v

No comments:

Post a Comment