daebak ^_^

Monday, October 18, 2010

think back~


Bila dah xda benda nak buat rasa boring je kan?? Kalau dah byk benda yg perlu dibuat merungut plak hmmm TAPI itulah dia manusia. Sering sahaja mengeluh dan tidak puas hati. Kadang2 aku macam tu gak la.. Adoiii mengaku hehehe akan berusaha untuk memperbaiki diri sendiri ke arah yang lebih baik~

Banyak benda yang aku fikir. Pasal kehidupan ni. Ada manis, masam, pahit, macam2 la.. Lengkap untuk menjadikan life aku sangat menyeronokkan eheeeee Kenangan paling manis mesti la zaman belajar. Ada gak rasa nak sambung belajar lagi ambil master... Hmmm TAPI setakat ni perancangan lebih ke arah nak membina kerjaya dulu. Bila dah stabil insyaALLAH akan ku usahakan gak untuk sampai ke peringkat doktor falsafah eheee ^_^

Sebab dah janji nak buat entry kisah aku dan AK5206, aku mencari gambar2 lama yang telah aku burn ke dalam cd. Nak letak kat my lappy je memang penuh la. Terjumpa plak gambar masa tahun 1st aku study degree hehehehe muka nampak macam budak2 lagi la... Aku suka pic tu sebab I'm look pink hahahaha

kenangan bersama Imah & Shida
Bila difikirkan semula hidup aku ni memang menyeronokkan. Segala dugaan dan pengalaman yang aku perolehi menjadikan lebih matang dan sentiasa berfikiran positif. Sangat berterima kasih dengan sekolahku SMK AGAMA MATANG, KUCHING.. kerana sekolah itulah aku belajar erti sebuah kehidupan. Aku ni lebih rapat dengan sahabat berbanding family. Mungkin kerana aku anak sulung. So, I'm try to be the best for my family. Dengan sahabat la tempat aku bercerita, berkongsi kisah hidup... I'm lucky coz have friend that owez beside me....

Rindulah plak pada sahabat semua.. walaupun jauh di mata tapi dekat di hati...*_*


Nak berkongsi dengan anda semua pasal berfikiran positif ni ~ Think positive+success
Moga dapat memberi inspirasi buat kalian semua........^_^

No comments:

Post a Comment