daebak ^_^

Sunday, November 28, 2010

Buat insan yang kecewa..

Petang tadi, ketika aku tengah dok mengedit blog aku ni... Aku mendapat panggilan telefon dari seorang teman. Siapa dia?? Rasanya tidak perlu aku nyatakan di sini. Berbicara dari hati ke hati tentang masalahnya. Lantas niat di hati ini untuk memberi kata semangat... Wahai Teman... Usahlah kamu bersedih di atas apa yang berlaku... Sentiasa ingat bahawa....

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, 
dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ianya amat buruk bagimu. 
Sesungguhnya Allah Maha mengetahui terhadap sesuatu yang tidak kamu ketahui”
(Surah Al-Baqarah, ayat 216)
 
“Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, sesungguhnya tidak berputus asa 
dari rahmat Allah melainkan orang-orang kafir”
(Surah Yusuf, ayat 8)
 
 “Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: “Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka tetap istiqamah, maka tidak ada kebimbangan terhadap mereka dan mereka tiada pula berdukacita”
(Surah Al-Ahqaf: ayat 13)
 
“Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah bahawa dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenteram”
(Surah Ar-Ra’d: ayat 28)
 
“Khabarkanlah kepada hamba-hambaKu (wahai Muhammad), bahawa Akulah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani (bagi mereka yang bertaubat dan beramal soleh). Dan bahawa azabKu, ialah azab yang tidak terperi sakitnya, (bagi mereka yang tetap dalam kederhakaannya)”
(Surah Al-Hijr:49-50)  


No comments:

Post a Comment