daebak ^_^

Saturday, November 13, 2010

Dream~

Aduhhhh sangat susah hendak ditafsirkan. Kalau nak huraikan pasal mimpi ni memang tak habis satu malam. Cuma apa yang mampu aku kata, mimpi ni kadang-kadang mainan tidur dan boleh juga sebagai satu petunjuk??? Wallahualam hanya ALLAH yang maha mengetahui.... Ada juga mimpi yg datang dari Jin bak kata orang tua sapa suh tak cuci kaki sebelum tido huhuhuhu macam-macam kan??? Tapi aku percaya kadang-kadang mimpi ni satu petunjuk.... Cuma jangan terlalu memikirkannya. ???? Hahahaha 

Malam tadi aku mimpi 'DIA' lagi. Kenapa 'dia' perlu muncul lagi. Sebelum tu aku nak flash back jap. Ingat tak yang aku ada buat entry pasal majlis perkahwinan sahabat aku Azimah aka Mot... Sebelum aku pergi ke kenduri sahabat aku tu memang aku ada mimpi 'dia' gak. Dua hari berturut-turut aku mimpi 'dia'. TAPI dalam mimpi tu kita orang tak bertegur sapa cuma aku lihat dia dan dia lihat aku huhuhuhu oopppsss... aku sudah masuk fasa kejiwangan...lolssss

DAN selepas itu, aku memang bertemu dengan 'dia' masa kenduri sahabat aku dan kita orang tak bertegur sapa langsung. Hmmmm, apa yg mampu aku kata??? Dia berdiam seribu bahasa, aku juga hanya mampu berdiam tidak berkata apa-apa huhuhuhu haru kan??? Egois?? Entah...aku pun tak tahu.... No good explaination for it......

Malam tadi aku mimpi 'dia' sekali lagi tapi mimpi kali ini kita orang bertegur sapa. Sedih la bila ingat mimpi tu sebab mengingatkan aku kembali zaman sekolah agama dulu. Hmmm, dalam mimpi tu kita orang tengah exam...  dengan selambanya kita orang bersembang. Dia meniru tengah exam dan bagi aku tiru semua jawapan dia. Memang gila betul dan rasa tak senonoh je....( aik, mcm la xpernah buat kerja tu sebelum ni??? hehehe ada la juga buat keje ni tapi masa kuiz je tau..exam betul2 xpernah..... kalau ternampak tu kira bonus la hikhik *_*)

Memang mengungkit kembali nostalgia kisah silam. Aku ingat lagi time tu masa Form 5. Lepas cuti semester pertengahan tahun tu kita orang ada exam percubaan SPM. Sebelum tu aku dan 'dia' tak bertegur sapa, biasa la konflik....beberapa bulan juga la konflik tu... dipendekkan cerita, masa cuti sekolah tu 'dia' call telefon rumah aku ( al-maklumlah zaman dulu2 mana da guna hp mcm budak2 zmn sekarang...) Huh, terkejut giler aku...jantung rasa macam nak jatuh je...dup...dap....dup...dap satu perasaan yg sukar nak digambarkan.... Kiranya kita orang ok la kembali.

Bila dah masuk sekolah semula, esok harinya kita orang kan ada exam. Biasanya time exam tempat duduk akan disusun jarak-jarak. Disebabkan masa study malam budak2 lelaki yg guna kelas kita orang so tugas budak2 lelaki yg kemas meja dan kerusi ikut mcm keadaan nak exam. Pagi tu aku seperti biasa nak exam awal je datang ke kelas. Tengok meja aku memang dah terpisah jauh dari sahabat aku yang lain. Kalau ikut kedudukan asal aku, dekat je dengan Aisyu, Ida dan Enot. Ni meja aku kat depan tapi buat biasa la tak fikir apa2 pun. Sibuk buat ulangkaji last minute tak sedar kat depan aku dah ada budak yang duduk.... Sekali tengok>>>> 'dia'...... Hmmmmm aku dah agak.... Ni mesti kerja dia.... Sahabat dia pun kata dia sengaja susun meja aku belakang 'dia'...

Aku buat selamba je tapi dalam hati mak oiiii neves.... gila babun betul la mamat ni..... 'Dia' pulak dok senyum2 kambing kat aku. Kita orang kekok la sikit kan.. Lama tak bertegur sapa tiba2 jadi ok hanya selepas satu panggilan telefon rumah aku huhuhuhu HARU siot perasaan time tu.... Semuanya kenangan!!!!!! Mula la kisah budak2 kecik bercinta-cintun hehehehe aku akan dapat nota kecil dan surat setiap kali habis paper ( masa passing2 kertas jawapan, dapat la sekeping nota heeee)

Apakah maksud mimpi aku tu??? Adakah aku akan berjumpa dengan 'dia' sekali lagi??? Aku hanya perlukan kata-kata dari dia. Entah...susah aku nak cerita.... Rahsia di hati tak siapa yang tahu... ^_^

Opppsss macam terlalu ke hadapan la pulak kata-kata yg last tu....
Entah....andai ada lagi jodoh antara aku dan 'dia'???
Maybe...TAPI selepas apa yg berlaku hati aku dah jadi keras....
Tidak mampu berkata-kata.....
Hanya ALLAH yang tahu....

p/s: maaf erk entry kali ini jiwang karat sangat. al-maklum lah emosi terganggu dek baru lepas sembuh dari sakit. Aku tahu 'dia' pun sakit juga masa aku tengah sakit. Moga 'dia' sembuh juga seperti sedia kala. may ALLAH bless.....

No comments:

Post a Comment