daebak ^_^

Wednesday, November 24, 2010

long distance~ ;-(

Huarghhhh kepenatan semalam belum lagi hilang, hari ini aku ada tugasan lagi. Apa nak buat, kerja perlu diselesaikan. Nampaknya aku tak sempat lagi nak update pasal journey aku hari tu. Alahai, memang busy memanjang. Hmmmmm perubahan ke arah berkerjaya.

Petang tadi aku tak sedar sahabat aku, Enot call. Lepas maghrib tadi dia call lagi. Sedih nyer..... Jauh nya Enot posting. Dia ditempatkan di SMK Bandar Bintulu. Memang la Bintulu tu kat Sarawak gak TAPI alahai....Sarawak ni besar nyer mengalahkan semenanjung. Walaupun dulu aku dan Enot tak sama 'U' tapi kita orang still lagi dekat kalau nak jumpa tiap2 weekend. Lepas ni jarang la nak jumpa Enot. Serius aku sedih sangat2..... Dia la sahabat yg paling memahami aku. Kalau ada apa-apa aku akan bagitau dia. Dan kalau aku sedih sangat2, aku sanggup g jumpa dia. Tak dapat nak bayangkan lepas ni macam mana.... Long distance... Kena naik flight kalau nak cepat. Esok Enot akan fly ke Bintulu... Moga dia selamat sampai dan dapat membiasakan diri di tempat baru... Good Luck my friend!!!!

Esok merupakan hari penting buat aku. Esok petang aku akan jumpa Manager (Human Resource). Kira melapor diri la ni sebelum memulakan tugas. Moga segala urusan esok akan berjalan dengan lancar. Hmmm, kan aku dah kata..Antara aku dan Enot memang ada chemistry. Esok, kita orang akan sama2 melapor diri di tempat kita orang bakal bertugas. Lepas ni kisah baru dalam kehidupan kita orang akan bermula. Bermulanya kisah alam pekerjaaan....~ Haishhhh semakin sibuk!!!!


Dare urself 2 dream & dare urself to fulfill it...
Live well or live hell... ????
U choose!!!
~may ALLAH bless♥

p/s: Mood penat + sedih... Enot.. kenapa kamu jauh dari saya??? TAPI tetap bersemangat... S.U.C.C.E.S.S + F.L.Y..... nak fly lagi!!! *_*
Enot... Iboh risau k, kmk yakin ktk boleh. Lak kmk lawat ktk... Time for me to fly ke Bintulu...Fighting Friend....

No comments:

Post a Comment