daebak ^_^

Saturday, November 13, 2010

R.I.N.D.U

Wahhhhh, rindunya aku kat blog aku ni. Kecian sudah lama diabaikan oleh tuannya hehehe xmarah ye blog sygku ini. Ok, aku sudah kembali sembuh. Antibiotik dah habis makan tapi benda putih tu masih ada lagi kat tonsil aku. Mum aku kata biar je nanti benda tu akan surut dengan sendirinya. Harap begitulah sebab benda putih tu la yg menyebabkan tonsil aku kembang dan sakit. Sekali dapat menyebabkan aku demam haishhhh begitu sakit. Hmmm, aku ni jenis yang jarang nak sakit so bila dah sakit biasanya bukan sejenis penyakit aku dapat tapi bermacam2 jenis penyakit sekaligus hehehe 

syukur ALHAMDULILLAH sekarang dah hampir pulih.... 90% pulih cuma masih batuk dan selesema.

Rasa lamanya aku tak blogwalking sampai mata ni naik pedih. Lepas ni nak lawat blog yang sering aku kunjungi. Saya telah muncul semula. ^_^

No comments:

Post a Comment