daebak ^_^

Thursday, November 4, 2010

telephone call 2~

Uwwaaaaa kan aku dah cakap ada aura psycho kat aku sekarang ni eheeee Pagi tadi awal je aku bangun sebab takut ada kejutan lagi. Bila dah bangun awal keboringan pulak sebab xtahu nak buat apa. Tengok rancangan TV semua xbest. Ambil keputusan lepak kat bilik baring2 ngeeee....

Tiba2 berada dalam sebuah kelas. Ramai giler budak2 kecil. Xfaham sebenarnya budak2 tu tengah buat apa.. Aku cuma sebagai pengacau je eheee buat kecoh. Kat depan pulak ada dua orang jejaka yang tengah menbuat kiraan matematik. Salah seorang jejaka tu adalah 'kenangan silamku'.. Tergamam  sekejap bila lihat 'dia'. TAPI aku buat selamba je sibuk bermain ngan budak2 kecil lelaki yg cukup sporting. Tiba2 telefon aku berbunyi.... Semua mata tengok kat aku.. Malu giler time tu tapi still boleh lagi buat selamba.

Rupanya aku mimpi hahahaha aku tertidur rupanya.. Bila sedar je handphone aku ngah berbunyi time tu.. Opsss, jangan kata kejutan lagi... Yup, huarghhh haru...Kena g interview lagi. 8 November 2010 di Human Resource Department,Riverside Majestic.... Suprise...hahaha dia org kata ada post surat tapi aku tak terima lagi...Ok...ready utk interview~

Dah letak telefon...Aiekkkk baru terfikir..ada ke htr resume kat Riverside Majestic?? Rasanya xda kot.. Mungkin company yang satu tu..mmg aku aim.. xpe la abaikan dulu..Lepas tu petang tadi posto htr surat.Mungkin surat ni yg dimaksudkan oleh pemanggil tadi?? La, dari Grand Margerita Hotel...Sudahhh aku pening..Keliru.... Ni ke surat yg dimaksudkan?? Hmmm, adik aku kata mungkin xsama...

Kalau fikir2 betul2 memang xsama... esok la aku call balik nombor yang call aku tadi.. Harap gak ada surat yang sampai esok... Aku sudah keliru...pening hehehe Moga ada salah satu yg tersangkut kat aku. Tak sabar rasanya nak kerja...Mengharap juga kerja yang bakal diperolehi tidak menganggu tempoh percutian yang sudah dirancang itu ngeeee *_*

Berdoa dan terus berdoa.....Berusaha dan terus berusaha...~may ALLAH bless...

p/s: Aku memang alergik dengan bunyi telefon sekarang huhuhu esok ada lagi ke?? Eh, esok Deepavali... tapi Sarawak xcuti esok.... Tunggu je la esok (^_^)V

No comments:

Post a Comment