daebak ^_^

Saturday, November 6, 2010

weekend yg boring *_*

Huarghhh keboringan melanda.... Walaupun mendapat tidur yang cukup mata mengantuk juga. Kena tidur awal la malam ni. No blogwalking huhuhu Esok kena bangun awal sebab nak pergi ke kenduri kahwin sahabat aku kat Dewan Telekon dekat kawasan Taman Sukma, Kuching. Seorang lagi sahabat aku yang akan mendirikan rumah tangga. Uwwaaaaa macam xsangka la pulak kita orang ni semakin dewasa. Rasanya macam baru semalam je aku dan sahabat ku ini Azimah Marsid aka Mot main sama2 masa sekolah kat sekolah agama dulu.

Aku xpernah rasa keboringan giler macam ni kalau weekend. Rasanya ni lah weekend aku yang paling boring. Lagipun cuaca tak berapa elok. Setiap petang mesti hujan so aktiviti hanya terhad di rumah. Layan TV je la. Harap esok akan menjadi weekend yang menyeronokkan. Lagipun esok akan jumpa juga dengan sahabat-sahabat yang lain. Lepas raya hari tu, kita orang xda lagi hang out sama. Masing-masing dah kembali sibuk dengan kehidupan sendiri.

Ok, esok la aku upload beberapa picture masa kenduri itu nanti. Aku takut kalau lama aku mengadap komputer ni mata pun akan cergas eheee. Selamat Malam semua~


No comments:

Post a Comment