daebak ^_^

Friday, December 31, 2010

2 minggu sudah ^_^

Semalam 30 Disember 2010, genap 2 minggu aku bekerja di company aku sekarang. Perubahan hidup dari seorang insan yang bergelar pelajar ke kehidupan yang bekerjaya. Apa perasaan aku?? Macam - macam perasaan yang ada. Gembira bila semua kerja yang diberi dapat diselesaikan dengan betul dan rasa haru bila kerja yang diberi terlalu banyak sampai aku pun blur nak buat yang mana satu dulu.

Apa-apa pun semua itu mengajar aku untuk menjadi seorang yang lebih berdedikasi hikhikhik Bukan mudah untuk memegang jawatan under Human Resource Department ni. Semua urusan pekerja di bawah tanggungjawab kita orang. Lebih-lebih lagi company aku sekarang. Kita orang under HRD kena control dua hotel sekaligus. Bayangkan..betapa banyaknya pekerja yang perlu kita orang handle... Semua itu memerlukan pengurusan yang sistematik.....

Perghhhh, tak leh blah kata-kata aku tu hikhik walaupun baru dua minggu aku kerja, banyak gak yang aku pelajari. Paling best aku attend gak staff annual dinner hihihi bila keje kat hotel harus makan memang sedap hahahaha nak tahu tak kat mana aku kerja??? Meh cuci mata jap... Mana tahu da yang tertarik nak datang kat hotel tu~

ni la dia company aku hehehe~ Riverside Majestic Hotel
ni our sister~ Grand Margherita Hotel....

ruang hadapan hotel....
ball room~ tempat staff annual dinner ari tu *_*



No comments:

Post a Comment