daebak ^_^

Monday, December 13, 2010

bermulanya....

Aichummm.... uish.... banyaknya debu haha al-maklum blog ini telah lama saya sisihkan. Kecian ye blog saya ini. Aduhhhh, tiada masa nak update entry baru.. Saya belum bersedia lagi untuk menjadi seorang blogger yang aktif. Lagipun blog ini lebih kepada perkara peribadi saya sebagai makhluk ciptaan tuhan di muka Bumi ini. Bukan untuk mengejar glamour dan mendapat publisiti murahan hahahaha

Sebelum saya merapu baik saya straight to the point... Rasanya lepas ni pun blog ini akan disisihkan  semula. Sebab esok segalanya akan bermula.. Ya esok 14 Disember 2010... Saya bukan lagi bergelar pelajar, bukan juga pekerja sambilan tetapi esok bermulanya kerjaya saya sebagai 'Training Co-ordinator' di Riverside Majestic, Kuching. Bagaimana la keadaan esok?? Nanti bila ada masa terluang akan saya kongsikan di sini...

Yang harunya, rumah sewa saya tak jumpa lagi so saya akan memandu sejauh 70km x 2 ( pergi dan balik ) sehari... Oh tidakkkk tapi itulah hakikatnya... Dari tempat saya tinggal iaitu bandar Serian ke Kuching mengambil masa kira-kira 2 jam. Ertinya saya kena bertolak seawal 5.30 pagi untuk mengelak dari kesesakan lalu lintas... Ohhhh tidak dapat saya bayangkan... Betapa lemaunya saya nanti... Sudah tentu balik kerja, mata sudah mengantuk.... Uarghhhhh dengan harapan agar cepat mendapat rumah sewa yang sesuai....

Wahhhh, panjang juga saya merapu ini..... Nampaknya lepas ni saya sudah boleh menjadi pemandu profesional hahahahaha ye la kira saja... Dahulu masa menjadi 'student practicum' saya memandu sejauh 50km x 2 sehari dan sekarang ni 70km x 2 huhuhuhu (agaknya ada peluang tak saya nak mohon jadi pemandu Formula One??? hehehehe lolllsssss....)

Apa-apa pun... selepas ni saya kena rajin berusaha... kumpuk duit untuk konvokesyen saya tahun hadapan hihihihi Syukur kerana walaupun bergelar 'Fresh Graduate' ada majikan yang sudi ambil saya menjadi pekerjanya. Pengalaman kerja memang ada tetapi kalau mengikut kos Human Resource Management yang saya ambil di 'U', belum cukup lagi.

Kira ini lah masa untuk saya memajukan diri.... Saya nak cuba gapai impian saya untuk menjadi CEO atau Human Resource Manager hihihihi sebelum menggapai impian kena lah bermula dari bawah dahulu.... Aggap je macam mendaki gunung... Bukan senang untuk berada di puncak... Banyak halangan yang terpaksa ditempuhi... Bila sudah berjaya berada di kemuncak, kepuasan diri itu pasti memberi nikmat yang tidak ternilai ^_^ Nothing imposibble in this world. As long as you try ur best u will get it... Dare urself to dream n dare urself to fulfill it!!!!!! may ALLAH bless~

No comments:

Post a Comment