daebak ^_^

Sunday, January 9, 2011

Cinta Buta~

Salam semua.. Sudah lama benar jejari aku ni tak menulis di blog ni huhuhu Biasa la minggu ni busy sangat2. Walaupun belum genap 1 bulan pun aku kerja, aishhh tension nya macam dah kerja lebih dari 10 tahun huarghhhhhhhh. Apa-apa pun, aku cuba lakukan yang terbaik.

Aku malas la nak story pasal kerja.. Buat pening kepala aku je. Tadi sempat layan drama 'Cinta Buta' kat TV3... wahhhhhh, best giler drama tu. Merasai lakonan semua pelakon dalam drama tu. Dah la lagu tema best...huhuhu tapi aku tak tahu la tajuk lagu tu... Ada sesiapa yang tahu tak?? Kalau da yang tahu plezz bagitau kat aku.. A.S.A.P.... aku sudah jatuh cinta dengan lagu itu.

Kisah cinta tu memang best. Keikhlasan yang tiada bandingannya. Wahhhh bertuah siapa yg dapat lelaki macam 'Ahmad Dhani' tu..Hmmm, tapi... wujud lagi ke lelaki macam tu zaman sekarang??? Entah lah...... Aku pun tak dapat nak hurai dengan lebih lanjut. 

~ Mengharap wujudnya cinta sejati. Cinta yang hadir tanpa keraguan dan penuh dengan keihlasan..... Kenapa sejak akhir-akhir ini..aku sering teringat pasal dia?? Ya, mungkin kerana kisah aku terserempak dengan dia hari tu...OMG...aku belum bersedia untuk menghadapinya...... Ya Tuhan..Tolong ingatkan aku... biarkan ia nya berlalu.......

No comments:

Post a Comment