daebak ^_^

Tuesday, February 15, 2011

2 bulan sudah~

Tidak disangka akhirnya sudah dua bulan aku bergelar pekerja. Entri ni untuk semalam sebenarnya... 14 Februari 2011 genap dua bulan aku bekerja. Apa perasaan aku?? Hmmm, entah la.... 2 bulan ni pun aku dah rasa macam 2 tahun huhuhuhu bukan senang untuk mengurus manusia yang bermacam-macam kerenah ni. Tapi aku tahu semua tu lumrah kehidupan. Setiap perkara yang kita lakukan pasti ada dugaannya. 


Kalau ikutkan hati aku ni dah lama aku nak resign dari kerja sekarang. Stress nya memang tak tahu nak kata sampai tahap mana. It's not easy to handle 2 company under one management. Really make me headache....Tapi bila mengenangkan yang aku ni masih belum cukup pengalaman lagi, aku cuba bersabar. Ni la nasib bila fresh graduate.. Aku pun tak tahu bila lagi aku nak konvo ni. Kalau ikut kata lecturer aku mungkin dalam bulan 10 ni kot. Kena la bersabar lagi. Target aku sekarang cuma berusaha untuk mencari pengalaman seberapa banyak yang mungkin.. Mudahan suatu hari nanti aku akan mendapat yang lebih baik.. Amin...

Aku bercadang dalam bulan ni nak tukar kerjaya. Tengok la nanti rezeki aku ke arah mana. Bagi aku wang ringgit itu bukan perkara utama. Apa yang aku pentingkan adalah ketenangan jiwa. I need passion...


Sesungguhnya ketenangan itu datang dari ALLAH... Sebab itu aku perlukan kerjaya yang memudahkan aku untuk melakukan ibadah kepadaNYA. Aku perlukan suasana yang tidak membawa aku melihat betapa dunia ini penuh dengan manusia yang lalai... Manusia yang tidak mengenal apa itu erti halal dan haram. Ya ALLAH sesungguhnya ENGKAU maha mengetahui apa yang tersirat di hati hambaMU ini. Aku hanya mampu berdoa dan mengharap kepadaMU. Pasti ada yang terbaik buatku... Aku tahu... ALLAH maha mengetahui apa yang terbaik buat hambaNYA. Cuma mungkin saat itu belum tiba untukku. Mungkin ALLAH mahu aku belajar...menbuka mata untuk melihat dunia ini yang kian musnah dek manusia yang sering alpa dengan hasutan syaitan yang durjana. Ya, aku sedar kini.... Dunia ini sudah semakin hancur...Manusia sudah tidak kenal apa itu ISLAM. Islam hanya di kad pengenalan sahaja tapi kehidupan sebenar seolah-olah orang kafir...MASYA ALLAH...... Pengalaman itu menyedarkan aku.... Moga aku dapat menjadikan ia sebagai satu pengalaman untuk mendidik anak bangsa yang masih belum terleka..AMIN....

No comments:

Post a Comment