daebak ^_^

Wednesday, February 23, 2011

Al-Insyirah(Peluang)

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
  1. أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?,
  2. وَوَضَعْنَا عَنْكَ وِزْرَكَ Dan Kami telah menghilangkan dari padamu bebanmu,
  3. الَّذِي أَنْقَضَ ظَهْرَكَ yang memberatkan punggungmu?
  4. وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu.
  5. فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا Kerana sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan,
  6. إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan.
  7. فَإِذَا فَرَغْتَ فَانْصَبْ Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain,
  8. وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.
Hatiku dipaut rasa sayu di saat membaca surah ini. Inilah surah yang aku dapat untuk bahagian hafazan tadi... MasyaALLAH begitu indahnya wahyu ALLAH ini. Maksud surah ini betul-betul memberi aku inspirasi. ALLAH maha penyayang lagi maha mengasihi. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Mulanya aku berdebar-debar gak, ye la sudah lama aku tinggalkan alam persekolahan sekolah agama. Ilmu tajwid memang banyak yang aku dah lupa. Ni lah sifat semulajadi manusia.. Nasib baik aku dah buat persediaan awal. Entry seterusnya aku akan cerita lagi situasi aku di temuduga tadi.... Ni nak berkongsi dengan anda semua.... Perbanyakkanlah membaca Surah Al-Insyirah.. Moga kita sentiasa dilimpahi rezeki oleh ALLAH.
  • Barangsiapa biasa membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardu, nescaya Allah mempermudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.
  • Sesiapa yang membaca surah ini nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripadanya segala kesukaran dalam segala urusan. Dihilangkan segala sifat kesal, jemu serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.
  • Barang siapa membaca surah ini 9 kali sesudah solat fardu nescaya Allah akan menjauhkan daripadanya kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.

No comments:

Post a Comment