daebak ^_^

Monday, February 21, 2011

bersedia lagi....utk ke-6 kali!!

Salam semua... Aku muncul balik.... Minggu ni aku busy sangat.... setiap hari ada training untuk staff aku. Baru ada masa nak mencarut kat blog aku ni. Interview hari itu...Ok je, tunggu untuk second interview. Setiap interview yang aku attend memang ada bezanya. Itulah kebaikannya kalau aku attend banyak interview ni... Tambah experience dan dapat buat perbandingan huhuhu

Dan tadi aku dapat satu panggilan telefon lagi... Hoyeeee bersedia lagi.... Mesti korang dah boleh teka kan. Yeah untuk ke-6 kalinya...Aku kena buat preparation for next interview. Inilah yang aku mahukan selama ini.. Biar gaji tidak seberapa. Apa yang penting bagiku ialah kebahagiaan hakiki.... Moga segalanya dipermudahkan oleh ALLAH. Nanti bila dah betul-betul aku tukar kerjaya baru aku story pasal kisah itu k. Sekarang ni biar ia menjadi rahsia buatku..... Doakan yang terbaik untukku.. Nervous juga aku nak attend interview ni....Cuma mengharap yang terbaik.


 Allah setiap saat 'memanggil-manggil' kita untuk kembali kepada-Nya. Dengan cara apa saja. Dia, dengan kasih sayang-Nya,terkadang membuat suasana kehidupan seorang anak manusia sedemikian rupa dengan musibah, kesusahan dan kesukaran sehingga kalbunya dibuat-Nya 'menoleh' kepada Allah..Tetapi..teramat sedikit orang yang mendengarkan, atau berusaha mendengarkan, panggilan-Nya ini." "Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran (jasmani dan rohaninya)." (Surah Al-Balad: 4)

~ Bersyukur padaMU Ya ALLAH kerana sentiasa membuka jalanku.... May ALLAH Bless ^_^

No comments:

Post a Comment