daebak ^_^

Saturday, February 5, 2011

Isu Panas Tudung Yuna~

Salam semua... Pagi Sabtu pertama di bulan Februari...Dengan bangga nya aku nak bagitau yang aku kerja.....Hmmm, alangkah baik nyer kalau aku leh rehat2 kat rumah... TAPI nak buat macam mana sudah menjadi tanggungjawab aku.... nak tak nak kena gak pergi kerja.... Dah la aku seorang2 je kat office ni.. Maklumlah semua colleague aku Cina so dia orang still cuti CNY lagi...Tak pe bagi peluang kepada mereka dahulu, nanti Hari Raya Aidilfitri giliran aku pula.... Semangat 1 Malaysia~

Bila dah seorang2 ni, semangat nak kerja tu mula la jatuh ke tahap minimum hehehe aku pun menyempatkan diri untuk berbelog...Sibuk blogwalking tadi singgah sebentar kat Blog Mama Zarfan... Tertarik dengan isu panas yang dibincangkan...Isu Panas Tudung Yuna.. Kalau nak tahu lebih lanjut..Klik kat sini>>>Miles of smiles...

Aku sangat setuju dengan pendapat qisya dan Nur Nazatul Balqis tu...100% setuju... Nak kata aku ni baik sangat itu tidaklah...tapi kita ni sebagai manusia yang sering alpa hendaklah sentiasa mengingati antara satu sama lain. Sekarang ni trend pakai tudung aku dah tak nampak alasannya adalah kerana ALLAH. Kebanyakannya lebih kerana mengikut fesyen terkini. Kita lihat saja trend sekarang, macam2 la jenis tudung. Entah aku pun tak tahu apa ke jenis tudung semua tu.

Senang aku bagi contoh kalau pakai Shawl.Ada sesetengah shawl tu sangatlah pendek dan kalau ikut hukum sebenarnya seolah2 tidak menutup aurat... Aku ingat lagi masa belajar sekolah menengah dulu, ustazah aku selalu pesan. Kalau nak menutup aurat itu hendaklah kita menutup sepenuhnya. Tak guna kalau kita menutup kepala tetapi seolah2 kita bertelanjang. Maksudnya di sini, kalau dah niat kita tu nak pakai tudung hendaklah di paras yang ditentukan oleh syarak. Lepas tu dah pakai tudung tapi baju.... nampak je susuk badan... ketat semacam pun tak guna gak...ia seolah2 menampakkan kita seperti tidak berpakaian.....

Dapat aku simpulkan di sini... Semua itu datang dari niat. Niat yang suci lahir dari hati yang ikhlas. Lakukan segalanya ikhlas kerana ALLAH..Sekiranya kita ikhlas melakukannya, InsyaALLAH semua yang kita lakukan itu tidak akan menyimpang dari tujuan sebenar kita hendak bertudung. Tidak salah untuk kelihatan cantik tetapi biarlah ia berpada... Bagi yang sudah berkahwin..INGATLAH... kecantikanmu itu hanyalah untuk suamimu sahaja... Bagi yang belum berkahwin, peliharalah kecantikanmu itu dari segala noda. Sesungguhnya kecantikanmu itu milik ALLAH...Dia bisa menarik nikmat yang diberi bila-bila masa sahaja... Kun fayakun....Sama-samalah kita mengingati sesama kita, moga sentiasa berada di bawah rahmat ALLAH...Amin~

2 comments:

  1. setuju dengan anda izah...mcm2 gaya jak knk tk..hmm...aneh2...

    ReplyDelete
  2. hehe nyalah shida... kmk pun dah xtauk pa fesyen terkini..da yg berkelip kdk kelip rambut indah.. apakah ya huhuhuhu mcm2 jak...

    ReplyDelete