daebak ^_^

Wednesday, February 23, 2011

Lapang sudah jiwa ini~

Alhamdulillah, syukur atas segala nikmat yang diberi. Hari ni segala urusan aku sudah aku selesaikan. Tapi ada gak part aku jumpa dengan minah ni.. di mana sangat kurang sifat kesabarannya. Nak je aku marah kat dia. Tapi aku sabar je lah. Kalau macam ni la dia layan orang.. huh harus semua pelanggan dia lari. Very rude punya orang. Sampai rumah dah tengahari. Perut dah berkeroncong kelaparan. Nasib baik Zira dah masak. Pas makan terus g mandi. Dah mandi pagi tu tapi kepanasan yang tidak terhingga mandi la lagi eheeee

Usai solat Zohor, siap2 terus gerak ke SK Agama Datuk Haji Abdul Kadir Hassan. Sampai kat sekolah tu jam belum lagi jam2.00 petang. Da masa lagi nak buat ulangkaji last minit. Ramai gak la orang yang datang interview. Majoriti perempuan la.. Interview dimulakan dengan ujian bertulis. Wah, bab tajwid memang banyak... Haishhhh berusaha gak jawab. Bahagian akidah, sirah dapat gak la aku jawab. Pas selesai ujian bertulis... Seterusnya ujian lisan.. Ni yang buat aku nervous....

Masuk kat bilik tu. Alamak ustaz la... Takut... Dah la aku tak bawa sijil ori aku.. Maaakk aiii macam mana la ku leh terlupa. Nasib baik ustaz tu ok je. Mula la h bercerita pasal personal detail. Dulu sekolah mana.... sekarang ni kerja kat mana... Ustaz tu pun faham sebab apa aku nak tukar kerjaya. Aku dapat soalan 3. Nombor bertuah aku. Baca surah Al-Luqman. Pastu tanya pasal tajwid dan terjemahan bahasa Arab. Pastu hafazan. Nasib baik empat surah yang aku dapat tu semua aku hafal. Surah yang last sekali aku dapat...Surah Al-Insyirah....Lapang~


Usai aku baca surah ni... sebak dan sayu melanda diriku. Alhamdulillah.... Segalanya berjalan dengan lancar. Ustaz tu pun sempat lagi berbual-bual dengan aku. InsyaAllah andai ada rezeki, adalah. Terima Kasih ustaz. Terasa lega bila sudah selesai temuduga tu. Zira belum selesai lagi.. Sementara tunggu Zira, aku duduk dulu dalm kereta. Buka tafsir Al-Quran yang aku bawa tadi. Mencari maksud sebenar surah Al-Insyirah-lapang... lebih mudah aku huraikan ia memberi aku peluang. Menangis sebentar aku dek tafsiran surah tersebut....Pasti ada kemudahan di sebalik kesulitan itu. Sentiasa berharap kepada ALLAH. Dan apabila sudah mendapat kesenangan itu, hendaklah berusaha untuk mendapat yang lebih baik dan beringatlah kamu kepadaNYA. Syukur kerana telah diberi kelapangan...

No comments:

Post a Comment