daebak ^_^

Tuesday, February 15, 2011

Salam Maulidur Rasul....

Alhamdulillah... Bersyukur atas segala nikmat yang telah diberikan.. Hari ini 15 Februari 2011, semua umat Islam akan meraikan Sambutan Maulidur Rasul.. Bersyukur sekali lagi ku lafazkan buatMU ya ALLAH kerana masih diberi peluang untuk bernafas di muka Bumi ini. Kupanjatkan kesyukuran hanya padaMU dan junjunganku Nabi Muhammad s.a.w


Mari kita sama-sama mengingati junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. Moga dengan mengingati hari kelahiran baginda kita akan beroleh syafaat dariNYA. DIRIWAYATKAN dalam satu hadis Nabi Muhammad saw yang bermaksud: “Barang siapa yang membesarkan hari kelahiranku, nescaya aku akan menjadi penolongnya pada hari kiamat dan barang siapa membelanjakan satu dirham untuk maulidku, maka seolah-olah dia membelanjakan emas sebanyak sebuah gunung untuk agama Allah.”

Allah berfirman yang bermaksud: “Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan Allah) dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)” – (Surah al-Ahzab, ayat 21).
 
 

No comments:

Post a Comment