daebak ^_^

Friday, February 25, 2011

sekelip mata!!!

Hari ini Jumaat, 25 Februari 2011... Mesti semua dah tersenyum riang. Al-maklumlah, semua tengah kaya-raya lagi. Bagi yang kerja government semalam dah payday kan. Aku baru hari ini. Tengah keja tadi pun fikiran asyik fikir nak cepat balik. Nak singgah bank, ambil duit huhuhu Tadi masa balik keja terus bergegas ke bank...  Kay sekejap je... Pastu terus bayar apa yang patut. Huarghhhhh haru betul... Bila dah settle bayar kereta, broadband, sewa rumah, bil api dan bil air... beli minyak kereta... Dan sekarang aku sudah jadi papa-kedana kembali...

Sedih betul..... Kerja sebulan bukan main je rasa nak mampuissss... Bila nak habiskan bukan main senang je ibarat air yang mengalir. Tu pun ada lagi yang menunggu turn nak dibayar.... Dah bulan ni cun aku kena renew road tax dan insurans kereta aku...Pastu bayar blazer lagi... Huhuhuhu memang belum awal bulan Mac muncul aku dah sengkek semula. Sedih....sedih..... Nak buat macam mana... Tu la nasib.. Aishhh tu belum dikira lagi pinjaman aku masa belajar dahulu. Kalau dah konvo ni mula nak bayar balik pinjaman tu. Memang mula-mula kerja ni aku tak dapat nak saving dulu. Harap2 gaji bulan depan dapatlah saving sikit untuk konvo. 

Oleh kerana duit semua dah mengalir seperti air... Dan memang xda bajet langsung untuk shopping.. Rasanya dah 4 bulan aku tak shopping sakan. Tak pe Izah..Sabar la dulu... (pujuk diri sendiri ni..) Baru ko tahu sekarang..bukan senang nak cari duit.. Bila dah da duit..senang je nak habiskan duit tu.. Sekarang ni ko fikirlah sendiri.. Huhuhuhu peringatan buat diri sendiri... Alangkah best nyer kalau dapat gaji RM 10 000 sebulan hahahahaha berangan..... Sebelum aku berangan benda yang entah apa-apa, better aku mengundur diri dulu. Lagipun esok aku keja... Huhuhuhu esok aku sorang je kat office. Collegues aku off day esok.... Nasib badan.... *_*

No comments:

Post a Comment