daebak ^_^

Sunday, March 20, 2011

kalau diberi peluang.....

Malam ni mesti budak-budak sekolah dah kena tidur awal hahaha sebab esok dah sekolah... TAPI aku rasa bukan budak-budak sekolah je yg rasa malas nak g sekolah esok. Cikgu-cikgu pun turut sama merasai kemalasannya hahahahaha Terutamanya sahabat aku Enot hihihihi oit jangan malas-malas ye sahabatku... cuti sekolah dah habis.... esok dah start mengajar semula, anak muridmu menunggu kepulanganmu esok wakakkakaka eheeee jgn marahhh heeeeeee Selamat Kembali Ke Sekolah Cikgu Enot... Bersemangatlah untuk mengajar semula.... hehehehe

Aku ni pun malas gak sebenarnya... Ni masih lagi kat Serian. So, esok turun keje dari rumah la. Malasnya....... Dah la report tak buat lagi ni. Ye la dua malam berturut-turut keluar je. Maklumlah minggu ni Serian busy sikit dengan program 'Sejiwa Senada'... PM, TPM dan Swk Minister dtg Serian... Meriah je bandar aku ni... Sampai pening kepala aku tengok manusia yg ramai giler.... Aku rasa dah mcm KL la pulak huhuhuhuhuhu pecah rekod la tahun ni eheeeeee Nak tak nak malam ni aku kena gak stay up jap...siapkan report tu..esok kena hantar kat boss aku..... Bila fikir keja ni..adoyaiiiiiii..... pening kepala.... byk KIV work aku kena settle sebelum hjg bulan ni.... sangat malas!!!!!!!!!!!!!!!!

Aku malas nak cta pasal keje... penin kepala eden...Hmmm, kalau lah diberi peluang...Aku nak duduk rumah...... huhuhuhu boleh tak kalau duduk rumah je dapat gak gaji 3K??? Aku ni kalau part berangan memang nombor satu huhuhuhu Kalau duduk rumah lama-lama pun boring gak kan??? Ni angan-angan aku hahahaha aku nak keja sebulan.. pastu cuti 2 minggu ke or sebulan....g la melancong.. dah puas melancong keje balik hahahaha bedebah betul angan-angan aku ni. Mana la ada majikan yg nak bagi pekerjanya kerja sebulan or dua bulan pastu cuti sebulan..Alamatnya bankrap company bila ada pekerja macam aku ni hohohohoho
Kalau nak juga kerja macam tu..mudah je...kerja sendiri kan??? hahahaha bila fikir kerja sendiri ni... tu la payah, nak berniaga ni modal kena ada... Ni duit untuk belanja sebulan pun tak cukup ada hati nak berniaga sendiri eheeeee aku mengarut banyak ni..... Kalau ada yg menyampah maaf la ye.... Aku ni memang kuat berangan sikit... Dah ayat yang aku pegang... 'Dare yourself to dream... and dare yourself to fullfill it!!!' hehehe tanpa keberanian mimpi tidak bermakna.... So, bila dah berangan jgn hanya jadikan angan-angan tu hanya sekadar angan-angan mat jenin... usaha utk dapatkan angan-angan tu hihihihihi InsyaALLAH kalau diberi peluang aku nak kerja macam tu.... Ni jadi kuli batak org memang payah... sabar je lah..kadang-kadang makan hati gak tapi nak buat mcm mana??? huhuhuhuhuhu

~ cepatnya masa berlalu..dah nak penghujung bulan Mac..... lepas ni bulan Mei.....hmmmmm

2 comments:

  1. cm ne nak dptkn lagu tok kt kta pun blog

    ReplyDelete
  2. hihi spa tok ooo?? engkah la nma...aonymous...ssh nak tauk hehehe sng jak nak engkah lagu ya... klik rah gratisan musik kmk ya... pilih la muzik yg da heeee

    ReplyDelete