daebak ^_^

Friday, March 11, 2011

kisah budak pilot~2

Salam semua.... Hihihi gembira tak terkata ni... Tak di sangka dan tak diduga. Sebab apa? Hehehe cuba korang teka? Tunggu next entry ye. Ni nak story pasal budak pilot tu lagi. Tadi ada training gak kta orang so sempat lagi nak berceloteh ngan budak pilot tu eheeeee Hari ni cerita bermula dengan kisah momentum haha teringat zaman sekolah dulu. Belajar subjek Fizik (subjek yg seronok tapi time ni la aku suka nak main2 huhu nakal... lagipun cikgu subjek ni memang sempoi habis, semakin nakal la aku ni..)

Bermula dengan kisah momentum terus melarut pasal kisah kecemasan lagi. Hmmm, nak kata cemas sangat tak juga, kira macam situasi yang tidak diduga la. Menurut kisah budak pilot tu, satu hari tu dia diberi tugasan untuk fly ke Miri. Dalam perjalanan tu, suddenly hujan turun lebat la pulak.. Memang sangat-sangat lebat dan bahaya jika teruskan perjalanan. Nak tak nak, budak pilot tu kata dia terpaksa la mendarat kat Mukah. Perasaan ketika tu memang nak nanggis je. Dah la tak bawa apa-apa bekalan, memang sehelai sepinggang... Sempat lagi aku gelak huhu usik budak tu... 'congek la' (bhs swk maksudnya manja, mcm budak kecil) hihihi Budak pilot tu senyum je la.

Oleh kerana terkandas di Mukah, budak pilot tu decide untuk stay kat hotel. Erk banyak nye duit stay kat hotel hahaha (Aku ni memang macam budak sakai je, banyak soalan..) Dan nasib baik budak tu sabar je dan layan semua soalan aku hihi Dah la masih student lagi mana la ada banyak duit. So, budak tu suh hotel call tempat belajar dia je. Kecian dia, tidur hanya dengan boxer hahaha dah nama sehelai sepinggang... Baju yang ada pun cuma baju seragam yang biasa pilot pakai tu. 

Keesokkan harinya barulah dia fly balik ke Bintulu. Best kan pengalaman tu. Dah la seorang diri masa bawa Cessna 172SP (yg 4 seat tu). Pastu dia bagitau aku pasal strip yg ada kat baju pilot tu. Kalau 1 strip untuk student pilot, 2 strip untuk 2nd officer, 3 pulak untuk 1st officer dan sudah tentunya 4 strip untuk captain.... Bila aku cakap yang aku suka duduk kat tepi tinggap dan seharusnya mengadap sayap kalau aku naik flight, budak tu suh aku try buat ni... Masa nak 'take off' perhatikan sayap flight tu..Kira 10 second....(siap budak tu demo lagi..) Bila dah cun 10 second daya tujahan akan buat ada sayap yg kecil tu terbuka ( hehe aku tak tahu macam mana nak explain part ni... Al-maklumlah aku ni bukannya pilot so tak tahu sangat bahasa pilot tu..)

Hehehe wahhhh panjang nyer cerita aku ni.... Hihihi apa-apa pun aku berterima kasih kat budak tu. Hahahaha sebab layan je kerenah aku yg macam budak sakai yang obses sangat dengan 'burung gergasi' hihihihi I believe I can fly...hehehe (^_^)v

No comments:

Post a Comment