daebak ^_^

Friday, March 25, 2011

Tabahnya perempuan itu~

Sambil rehat ni, layan drama 'Ustaz Amirul' di TV3...Tersentuh betul hati aku ni bila tengok kisah Munirah yg membenarkan suaminya, Ustaz Amirul kahwin dengan kekasih lamanya, Adawiyah.... Tabahnya perempuan itu, sanggup bermadu!!!!!!! Hmmm, kalau aku...entah aku rasa aku tidak mampu untuk jadi setabah Munirah..... Aku memang tidak sanggup bermadu.... huhuhuhu
Teringat zaman sekolah menengah dahulu hehehe masa kelas Pendidikan Syariah Islamiah... kan ada belajar bab kahwin... pastu mula la melelat pasal madu ni.... Kan bagi sesiapa yg sanggup bermadu...dan rumah tangga yg dibina bahagia...maka isteri yg dimadukan itu akan mendapat 'payung emas' masa hari kebangkitan nanti... Bila tahu part ni, budak-budak lelaki mula lah bising...suka la...ada alasan nak bermadu.... lepas tu kita orang mula la berdebat pasal ni.....

Bila tiba giliran aku bagi pendapat, aku mulalah berleter....Hmmm, kalau zaman nabi dulu..aku percaya la.. ramai lelaki yg kahwin lebih dari satu sebab keperluan keselamatan dan membela kaum wanita... Tapi bagi zaman sekarang...Aku tidak percaya sungguh alasan tu patut diterima lagi.... Kalau pasal kahwin nak je ikut hukum agama Islam... Cuba kaji dulu bab Solat, Puasa, Zakat...ikut tak ajaran Islam???? Ha, tepuk dada tanya Iman.... Aku cukup tak puas hati betul kat lelaki yg kalau nak ungkit bab kahwin bukan main lebih lagi tapi bila bab yang lain semua terabai....

Hahaha tiba2 aku emosi pulak....bagi lelaki di luar sana, jangan pulak sensitif dengan entry aku ni. Tak semua lelaki yg berkelakuan begitu.... Ada segelintir je..yang tak faham bahasa.... huhuhuhu bukan mudah tau nak bermadu ni...Tanggungjawab memang sangat-sangat besar...Kena adil... Kalau tak adil bukankah ia akan membawa kepada perasaan prasangka dan cemburu.... Perasaan inilah lama-lama yang akan membawa kepada kehancuran rumah tangga yang dibina.....heeeeeee panjang pula aku berleter ni.... Masing-masing ada pendapat yang tersendiri...Itu pendapat aku sendiri, tidak ada kaitan dengan mana-mana pihak..... Sama-sama lah kita menilainya...Mana yg baik jadikan tauladan, yg tidak baik itu kita jadikan sempadan. Mudahan kita sentiasa di bawah keredhaan ALLAH~


1 comment: