daebak ^_^

Friday, March 11, 2011

Tak ku duga, tak ku sangka

Ini buka cerita pasal nasi yang sudah menjadi bubur. Ini juga bukan cerita untuk menghina mana-mana pihak. Ini cuma satu cerita hihihihi memang ia suatu perkara yang amat tidak ku duga sama sekali akan berlaku kepada diriku. Adakah ini hanya mimpi?? Yang bisa membuat hatiku menangis lagi..Cheeewaahhhh jiwang je bahasa aku ni. Saje je hahaha ada tak rupa macam ahli sasterawan??? Hahahaha ada hati kan aku ni?? Dah la bahasa tunggang- langgang, ada hati nak jadi sasterawan.

Baiklah, aku straight to the point je.... Ceritaku ini memang bisa membuat aku menangis. Tetapi bukan kerana sedih atau terluka.... Sebab aku gembiraaaaaaaaaaa sangat-sanggggattttttttt Memang rezeki aku lagi huhuhuhu tak di sangka mulut ku masin.. Semalam baru je buat entry pasal nak fly dan mana tahu ada rezeki. Ya , ALLAH memang sayang kat aku ni. Nampaknya aku diberi peluang lagi hihihi peluang untuk mengubat rinduku.... pada.....of coz la pada 'burung gergasi' heeeee

Semalam saja nak godek web AirAsia. Kalau ikut rancangan awal, aku nak fly ke KL hujung bulan 4 tu cun cuti pekerja. Tapi saja nak klik tarikh birthday aku. OMG, biar betulllllllllllllll...Terbeliak mata aku.... Ni la pertama kali aku dapat tiket flight yg paling murah...Ke KL 2 way cuma RM58.00 je.... Percaya tak?? Percayalah..... Aku ni kan pantang kalau dapat tiket murah...harus hati meronta-ronta nak gak book tiket tu.

Yeahhhh, petang tadi aku suh adik Paie aku book... Yahoooooo I fly again... Thank you AirAsia.... Tak sangka aku dapat hadiah birthday awal hehehehe Aku sayang sangat kat AirAsia.... kira aku dapat hadiah hari jadi dari AA ni hahaha hmmm, kalau aku berani..nanti nak buat request la kat Pilot tu nanti hikhikhik


Sehari pun cukuplah..Aku ni nak shopping je sebenarnya hihihi so kumpul duit dalam 3 bulan ni..... Semoga semuanya berjalan dengan lancar...... Dan aku boleh fly dengan gembiranya hihihi ^_^ KL , wait for me.... TQ for dik paie sebab book tiket, dan TQ to AA sebab selalu buat sale.... I love AirAsia.. Now everyone can fly!!!!!!

1 comment:

  1. sedihnya kmk sik mendapat kebenaran untuk pergi..huhuhuhuhuu



    New Entry: http://dihaz17-foryou.blogspot.com/2011/03/sarawak-bloggers-1st-anniversary.html'

    Jom join contest http://dihaz17-foryou.blogspot.com/2011/03/miss-zahidah-4in1-lucky-draw.html. Closing date: 14 Mac 2011, 11.59pm

    ReplyDelete