daebak ^_^

Saturday, March 5, 2011

tanpa disedari~

Salam di hujung minggu semua *_* Terasa cepat je masa berlalu kalau time cuti-cuti ni kan. Esok dah Ahad dan sudah semestinya keesokkan harinya kena bekerja.....huarghhh perkara yang paling malas betul. Haishhhh bila la aku ni nak rajin turun kerja.. Pemikiran 'Love your job' tu belum lekat lagi di hati aku ni. Sebab semua tu perlu keikhlasan. Jika keihklasan itu ada pasti kerja yang kita lakukan juga lahir dari hati yang ikhlas. Aku masih berusaha untuk bertukar kerjaya. Lebih mudah aku nak kata... aku nak tukar tempat kerja huhuhu

Asyik merungut pasal kerja je aku ni kan?? Dah la malas nak fikir dulu pasal tu. Sebenarnya, aku ni masih ala-ala mamai lagi ni. Rupanya bulan ni dah bulan ketiga dalam tahun 2011 ni huhuhu haru je kan... Yooo yooo ooo je.... cepatnya masa berlalu.. Aku memang tak sedar langsung... Bila dah berada di bulan ketiga ni... sudah semestinya banyak lagi perkara yang akan menunggu. Tak lama lagi confirm la sudah. 14 Mac 2011~ 3 bulan sudah menabur bakti di company sekarang. Kancil aku pun sudah berusia 3 tahun pada 27 Februari 2011 yang lepas. Eeee tak sangkanya...... Bila cerita pasal kereta aku ni.. Ni nak story sikit. Geram betul aku.... Rupanya aku ada saman tahun lepas.. Masalahnya, kesalahan tu bukan aku yang buat. Dek kerana kesalahan orang lain, aku la yang terpaksa bayar. Dah kereta aku tu atas nama aku. Nasib la masih ada diskaun lagi. Dan aku tahu awal hal ni.. Kalau tak huh free je nama aku kena black list dek saman tertunggak... Geram betul aku dgn orang tu....

Disebabkan saman yang tidak diduga itu, duit aku melayang lagi. Baru ingat nak saving bulan ni. Memang tak dapat la huhuhu sedih...sedih.... Ingatkan bulan depan dapat la beli tiket flight ke KL. Nampaknya kena tunda la plan aku ni. Dah la sekarang ni AirAsia tengah sale lagi. 2 way still RM 153 huhuhu berharap la bulan depan masih murah lagi. Kalau tak, memang melepas la nak fly lagi. Entah bila dapat fly lagi..Rindu......(.~_~ ) Perancangan Bulan Mac ni>> paling utama birthday abang long aku hihihi tak sabar nak tunggu tarikh tu. Lepas tu menunggu perutusan dari UUM~ cepatlah hantar mini transkrip aku.Pastinya menunggu perkabaran untuk konvokesyen. Nak fly gak.....Semoga semuanya berjalan dengan lancar...(^_^)v

No comments:

Post a Comment