daebak ^_^

Monday, April 11, 2011

apa la nak jadi dgn budak zaman sekarang...

Kalau baca tajuk je mesti korang dah dapat agak apa yg aku nak tulis ni... Aku nak berleter sat... Hari ni dah la hari Isnin.. Biasa la masih dalam mood malas lagi, tapi kena gak bersemangat sebab nak ajar budak-budak... Masuk kelas budak Darjah1,2 dan 5..ok lagi dia orang ni...Bila aku masuk je kelas Darjah 6 hari ni, aihhhh ni yang buat aku geram.....Aku pun tak tahu... apa la nak jadi dengan budak zaman sekarang (hahaha ingat balik,dulu aku macam ni x...sebab org kata....apa yg kita hadapi sekarang adalah apa yg kita pernah buat kat guru kta dulu... huhuhuhu tak...aku mana ada macam tu dulu....puji diri sendiri dulu ^_^)

Aku ni dah kira bagi 100% kat budak2 aku..tapi dia orang main2 pulak...memang nak bagi aku hangin... mula la aku berleter....Tapi aku belum lagi ke tahap nak mengata anak murid aku B_D_H,,,, harap2 leh elak..... Ye la budak Darjah 1 dan 2 pun boleh je buat apa yg aku suruh..ni xkan lah dah Darjah 6..xkan tak boleh... Mula la sesi berleter aku........

"Kamu orang sedar tak yang kamu semua ni dah besar....Sedar tak kamu ni dah Darjah 6.... UPSR pun tak lama lagi....kenapa masih nak main-main lagi ni..zaman saya dulu...Darjah 6, saya dah baca Al-Quran tau... dah tahu masih Iqra' masih lagi nak main2.... bila kamu ni nak pandai baca Iqra' ....xkata nak sampai Al-Quran... entah sempat tak sampai Iqra' 6...." eeee ni la kisah budak2 aku.... Dah Darjah 6...tapi masih lagi baca Iqra' 3,4...adoiiiiiyaiiiiii nasib la aku leh bersabar lagi..... Lemah betul budak2 ni nak membaca... Dah tahu diri tu lemah tapi masih nak main-main..... memang nasib la yg kena cubit oleh aku tadi....

Aku tanya gak dia orang..Ngaji tak kat rumah...Hmm, hampir semua kata memang tak mengaji pun di rumah... Kira masa sesi persekolahan je lah belajar mengaji ni....Masa akhir tadi sebelum balik..sempat aku soal budak2 tu pasal rukun Islam...... Seorang pun tak hafal....aduh2, budak darjah 6 tu...eeeeeee entah la apa nak jadi dengan budak2 zaman sekarang....

Zaman aku dulu, Ustaz dan Ustazah bukan main garang lagi.. Aku ingat lagi..sejak dari sekolah rendah lagi aku dan hafal rukun2, surah2 ringkas.... Hukum2 bacaan memang dah ditekankan sejak darjah 1 lagi...Tak kan ku lupa seorang ustaz aku ni..Masa sekolah rendah....dia ajar aku agama dari Darjah 4-5... Memag garang...selalu gak kena marah kalau tak hafal surah....Oleh kerana takut kat ustaz tu, memang sebelum masuk kelas dia..kena buat ulangkaji dahulu.... Masa sesi pembelajaran ustaz tu, dia suka tanya soalan.. kalau tak dpt jawab, kena lah berdiri sampai habis masa....sebab tu aku memang berusaha bersungguh2 menghafal apa yg patut..... Kerana ustaz itulah aku jadi diri aku yg sekarang...Syukran ya Ustaz.....

~ Setiap hari yg aku lalui sekarang, buat aku berfikir.... Ingin ku lakarkan sebuah cerita mengenai zaman sekolah ku buat panduan.....semua pelajar di luar sana....hargailah zaman belajar anda, sesungguhnya ia adalah satu saat yg sgt manis dan bermakna.....



2 comments:

  1. this is what happen when parents spoil their children.. or, some parents don't even really care about their children.. kids.. when they get used the way how their parent teach them, these are the things that will happen.. sometimes, ada parents yang fikir (mentaliti) "aku dulu pun tak pandai, anak aku pun tak pandai.." and they have put no effort to make their children to be a better person.. (i don't understand this).. and, ada parents, when their children kena pukul sikit pun, dah mengamuk..
    aku ni, takde la pandai nak hurai kes2 macam ni.. tapi kalo kita baca dari blog encik kereta mayat, rasanya, dia punya post/entry ni dapat menjelaskan dengan lebih detail lagi apa yang aku try nak kata..
    rujuk la kat sini:

    http://keretamayat.blogspot.com/2011/03/menghina-kekasih.html

    aku baca ni beberapa minggu yang lepas.. Izah baca laaa.. hehehe..

    ReplyDelete
  2. tak semua family yg buat mcm tu... so far, family anak murid saya semua k...cuma anak tu sendiri yg tak sedar lagi..biasa la budak2.... kita pun pernah lalui zaman tu...take time tu change....

    Thank coz intoduce me a nice blog... look like islamic blog..i like the way, how the writer discuss the 'ISLAM' issues..TQ~

    ReplyDelete