daebak ^_^

Thursday, April 28, 2011

Dilanda kerinduan!!!

Hari ini sangat penat.... Tadi ada gotong-royong kat sekolah... Teringat pulak zaman dulu-dulu....situasi macam ni la yg akan buat aku kerinduan zaman dulu kala. Seronok mengajar hari ini. Rindu aku kat anak murid aku hahahaha ada gak yg tanya.... kenapa aku xda semalam... Aku rasa aku nak teruskan dalam bidang ni la, terasa seronok je sepanjang tempoh bekerja. Inilah dikatakan nikmat bekerja...... 

Bila buka FB tadi....wah banyak nyer senior aku nak kahwin..... bila dilihat balik kan..... senior aku masa sekolah menengah agama dulu, banyak gak yg kahwin sesama mereka..... kalau masa sekolah dahulu tak pulak dia orang couple...ni kira kes macam zaman sekolah dulu couple dengan orang lain..... ni bila dah habis blaja kahwin dengan rakan sama sekolah menengah agama gak..... Orang kata kalau dah jodoh kan, kita pun tak tahu apa yg ditentukan untuk kita.... Moga senior aku tu bahagia hendaknya.... 



Rindunya aku kat SMK Agama Matang..... Kalau la aku boleh putar balik masa ke belakang, memang aku nak sangat dikembalikan di zaman itu. Kisah perjalanan aku part ketiga pun belum aku sambung. Aku busy sekarang ni dengan aktiviti sekolah..... Tunggu hujung minggu ni baru aku nak berbelog sepuas-puasnya..... Aku rindu kat kawan-kawan aku....... Terasa nak melawat sekolah aku tu..... Nanti bila berpeluang memang akan jejak lagi kat situ... Nak mengimbau kenangan manis..... Tempat aku belajar erti hidup.... Tempat aku mendewasakan diri..... Aku ni kira dibentuk oleh SMKAM.... masa lebih terluang dengan kawan2 dan cikgu di sekolah berbanding dengan keluarga aku sendiri..... Ohhhhh, aku dilanda kerinduan lagi!!!!!!!



~Tak lama lagi Hari Guru...... Tak sabar rasanya........ Aku dah dapat tugasan.... menghias pentas huhuhu alaaaaaaaa mengingatkan aku pada seseorang lagi....'Kitak....ingat agik sik...dolok kan kita berdua yg ditugaskan untuk menghias pentas untuk Hari Guru...' Kamek sentiasa ingat peristiwa itu...' Terima Kasih untuk kenangan yang terindah itu....may ALLAH bless~


No comments:

Post a Comment