daebak ^_^

Thursday, April 14, 2011

Perjalananku ~ versi 2 (i)

Ini adalah kesinambungan dari  entry aku yang lepas>> Perjalananku ~ versi 1

Seperti biasa kalau tiba hari Khamis, kalau tidak ada meeting pasti ada LDP iaitu Latihan Dalam Perkhidmatan untuk cikgu-cikgu. Hmmm, tanggungjawab cikgu sekarang bukan hanya mengajar tau... Banyak lagi tanggungjawab yg perlu dipikul. Hari ini idea datang lagi kepadaku... Janjiku untuk menyambung semula kesinambungan kisah Perjalananku akan ku tunaikan...Hahahaha senyum sebentar aku bila teringat kisah itu~

Petang tadi, dari pejabat.. aku terdengar seorang murid perempuan bertanya kepada seorang murid lelaki ni.. ' Awak suka ke berkawan dengan saya??' hahahaha senyum sorang2 aku bila dengar soalan budak perempuan tu. Agaknya dia tak perasan aku ada dalam pejabat tadi.. Dua kali gak dua orang murid tu lalu pejabat, cun la aku duduk tepi tingkap... memang jelas la aku dengar percakapan dia orang hahahaha nak gelak besar juga aku sebenarnya, tapi terpaksa tahan heeee karang cikgu lain dengar, pelik pulak dia orang... Teringat aku kat kisah aku zaman sekolah rendah dahulu....spa kata aku tak pernah lalui hal itu hehehe gatal kan aku ni?? Kecil2 lagi dah pandai bercinta-cintun...heeeeee

Aku mula bersekolah di Sk Balai Ringin dari Darjah1 hingga pertengahan Darjah 3... Dulu aku ni seorang yang agak kasar sikit hehehehe kira tomboy la... Lagipun kawan-kawan aku ramai lelaki.... dah la adik- beradik aku yg lain semua lelaki...kawan kat sekolah pun lelaki..mana tak aku jadi kasar semacam je hikhik aku ni garang...dah la tumbesaran lain dari budak yg lain...Oleh kerana itu, mula dari Darjah1 lagi aku dah dilantik jadi ketua kelas hihihihi

Hahaha abaikan gambar aku yg entah-entah apa2 kat atas tu...Gambar masa Darjah 1, adoii nampak sungguh kejantanan hahahaha kaki kangkang baik punya, muka ngeri semacam je hihihi ciri2 ketua kelas yg berkaliber. Hahahaha aku nak story pasal budak lelaki yg duduk sebelah aku tu... Nama dia Duncan... kita orang ni sahabat baik aka musuh ketat.... Sahabat baik sebab main sama-sama, rumah pun sebelah- menyebelah... balik rumah jalan sama-sama... Bila dah gaduh tu mula la jadi musuh ketat...dia suka kutuk aku..... kerana dia la aku jadi mangsa, kena rotan oleh ayah aku... huhuhuhu sedih yoooo 1st time kena rotan... Ye la...dah nama budak2 kan... main entah apa2.... Main masak2 tu biasa la, siap guna api lagi tu..dah la main di bawah rumah aku.. nasib baik tak terbakar rumah aku... hahaha satu hari tu entah mimpi apa... kita orang main gunting rambut... Aku bagi je dia gunting rambut aku hahaha entah aku tak ingat fesyen apa dia potong... Yang aku ingat... petang tu bila mak aku balik keja, dia marah2 pastu bagi aku mandi... malam tu pulak...ha teruk aku kena rotan oleh ayah aku huhuhu tu la kali pertama aku kena rotan ok...sedih tau.... huk..huk..huk... sejak itu, kita org dah tak rapat lagi... aku tak suka kawan ngan dia lagi.... ada la satu hari ni....Dia main kat belakang rumah aku... sorang2 pulak tu..ye la aku kan tak kawan dengan dia lagi..Pastu tiba2 kecoh kat belakang rumah aku, aku ingatkan apa... hahahahahhaha rupanya dia jatuh kat dalam lubang takungan najis kat belakang rumah aku hahahhahaah aku gelak tengok dia macam tu .. Mak dia berleter... badan dia habis hitam kena najis hahahahaha cian dia.... tapi dalam hati aku masa tu..padan muka ko eheeeee jahat sungguh~

itulah kisah budak2...Aku ni  memang xda sangat kawan perempuan.... yg aku ada cuma kawan aku dari masa Tadika.... Tapi bila dia org pindah aku cuma ada kawan lelaki je... Budak perempuan yg lain semua tak suka aku... huhuhu sebab dia org jeles kat aku...Ye la aku kan glamour eheee perasan jap.. Tapi bila aku nak berpindah masa pertengahan Darjah3, baru dia orang minta maaf kat aku.... Pastu aku pun sekolah kat Sk Serian....tu pun sekejap je... Masa Darjah 4 aku sekolah kat sekolah lain...jadi kisah kat Sk Serian ni kira tak serononok sgt.... sedih la masa pindah dari sek lama...siap guru kelas aku masa tu buat jamuan lagi *_~

Oleh kerana mengikut ayah aku yg diarahkan berpindah ke SK Plaman Baki Menaul, jadi ayah aku suruh kita orang adik-beradik follow dia..Pelik betul aku..sedangkan Sk Serian dekat je dari rumah, nak juga dia suh kita org adik-beradik follow dia.... Masa hari pertama jejak kaki kat sekolah baru tu... agak segan sikit.. sebab budak2 lain dah anggap aku ni anak guru besar..Ingat senang ke?? Aku tak suka la org nak anggap kita ni lain dari yg lain... Pastu ada seorang budak perempuan ni, sebelum aku datang kat sekolah tu.. memang dia yg asyik nombor satu... tapi sejak kedatangan aku... aku rampas kedudukan dia... kira dia tak tegur aku tau...bila dah Darjah 6 baru dia tegur aku... Hihihihi macam2 je kan....
Then...hehehehe bermulalah satu kisah cinta monyet hahaha sebenarnya... kira ni cinta paksaan tau... Aku tak tahu apa-apa pun... Tiba-tiba, kawan aku kata ada seorang budak lelaki minat kat aku...hahaha aku kata spa?? dia tak nak bagitau pulak... sehinggalah satu hari tu, kat library sekolah.... budak perempuan tu tiba2 suh aku jawab satu soalan..Kira soalan tu macam suai dan padankan hahahaha lucu ok.... bila aku tengok senarai tu... ada nama aku, kwn aku tu, kwn aku lelaki 1..dan si 'A' ni... nama kwn aku tu dipadankan dgn nama kwn aku yg lelaki tu... Cuma nama aku dgn si 'A' ni je la yg belum disuaikan lagi... Pastu kwn aku bagitau, si 'A' ni la yg minat kat aku hahahahaha kelakar ok.... kwn aku pun suh aku terima si 'A' huhuhuhu aku dah la tengah blur, tiba2 je kan... dlm paksa rela...aku terima hahahhaa adoyaiiii so terus la padankan nama aku dgn si 'A' tu....lps tu, berlari kwn aku jumpa si 'A' huhuhu nak habaq berita gembira katakan eheee

Dari jauh, budak tu senyum je la....aku dgn poyo...senyum je la.... huhuhuhuhu kira layan biasa2 je la...dah nama cinta monyet..haiii, aku pun tak faham..sehingga lah.... satu hari masa kelas fardhu ain... Si 'A' tu merajuk...sebab aku ni jenis tak layan dia.... Aku ni mana la reti bab cinta ni...dah nama budak lagi... period pun tak lagi tau huhuhu *_* kwn aku suh pujuk dia... paksa rela gak tu, aku tulis la surat kat dia... mula la main pasing2 kertas...pastu..jeng..jeng..ha, ambik ko...alamakkkk ustaz garang ambik kertas tu... mampoihhh aku.... nasib baik tak tulis 'I luv u'..kalau ikutkan... kawan aku suh tulis...tapi aku tak nak...ustaz tanya... mampus..memang ketaq giler time tu... sekali ustaz tu habaq 'awk nak sya bgtau ayah awk??' lagi ketaq. aku.. gila... terus geleng kepala.... tak nak!!!! lepas hal tu,,, memang si 'A' dgn aku terus jadi mendatar..tup..tap si 'A' couple dgn kwn aku tu....memang aku rasa layak pun kan...sepatutnya dia org bersama dari awl lagi... tak yah nak susahkan aku huhuhuhu Tu la kisah masa aku Darjah 4...


Nak tahu tak sapa si 'A' ?? hehehe teka sendiri... dia comel gak la.... putih, kecil.... mata sepet sikit hihihihi bila dah masuk Darjah 5... ingat tak da kisah cinta monyet lagi..la, ada lagi... apa pulak ye??? nak tahu tak??? tunggu next entry hehehehehehe (^_^)v

No comments:

Post a Comment