daebak ^_^

Wednesday, May 4, 2011

10 Mei??

Aku pelik ngan budak seorang ni... Asyik bagitau aku..jangan lupa cikgu 10 Mei...Aik?? bila aku tanya kenapa, dia senyum pulak. Heran aku kat budak ni. Budak ni walaupun baru 12 tahun tapi otak mmg dah matang.. dia la dok mengaku kat aku...Aku pun tak tahu mcm mana leh rapat ngan budak ni. Aku tak mengajar kelas dia pun, ye la dia kan 6 Bestari...aku ni mengajar budak 6 Bijak je... Mungkin masa aku sit-in kelas dia orang bulan lepas kot hahahaha 

Satu masalah yg akan dihadapi oleh guru perempuan kalau mengajar part agama ni....huhuhuhu kalau dok ajar part akil baligh...alamak, mmg malu menguasai diri...tapi kena la bersikap profesional..... Budak ni siap tanya aku la pulak pasal mimpi la, mandi hadas la..... paksa la aku explain satu persatu... menahan malu ok.....*_* aku pun tak kahwin lagi mana la aku pakar dalam hal mcm tu.. kalau nak usul kan pada ustaz yg sama mengajar ngan aku ...dia pun bujang lagi.... aku la pulak malu nak tanya pasal tu.... guna je la ilmu apa yg aku perolehi masa sekolah dulu huhuhuhu

tak lama lagi 16 Mei la... teringat masa lalu.... percaya tak?? kali pertama aku mengambil gambar berdua dengan lelaki adalah masa berumur 17 tahun... huhuhu 

alamak, nampak sgt aku malu!!!! *_*

gambar ni di ambil masa sambutan hari guru masa aku sekolah menengah agama dulu.... kalau la gambar ni dijumpai oleh warden or guru pasti dah kena rampas.... ni la pertama kali aku pecah rekod ambil gambar berdua dengan lelaki.... biasanya kita org ambil beramai2 je hihihi biasa la budak sekolah agama....kena jaga dulu part mcm tu.... Siapa jejaka itu?? A'aa la lama dah aku tak buat sambungan entry ~Perjalananku Part 3....Ala, xde mood nak menulis sgt.... tunggu mood aku melonjak 100% baru aku sambung ye hihihihihi sebab time tu baru la keluar semua ayat bombastik aku eheeeee..... ni kira saja nak bagi clue...... 'cinta antara kita.....tiada penghujungnya...... masing2 diam seribu bahasa....lidah kelu untuk berkata....hati menahan rasa.... adakah keegoan menguasai diri?? atau rasa cinta kian pudar?? apa yg pasti ALLAH maha mengetahui siapa yg terbaik buat hambaNYA.....'


No comments:

Post a Comment