daebak ^_^

Sunday, May 1, 2011

aku hendak jadi bunga tahi ayam!!!!

Siapa kata benda yang busuk tu tidak berguna? Tak semua benda yang busuk tu tak berguna..... semalam sambil2 layan Konsert AF9, sempat gak aku tukar channel huhuhu sebab drama kat TV3 semalam pun best..... Siapa yg ada tonton movie 'Cinta Si Bunga Tembam' jam10 malam semalam pasti dah dapat teka apa yg aku nak story ni..... Sedih gak masa layan movie tu.....terasa aku pulak yg berlakon auuwwww heeeee aku ni pun gadis tembam ok!!! 

"Antara bunga tahi ayam dan bunga ros awak pilih bunga yang mana satu??... Mesti la saya pilih bunga ros. Sebab bunga ros ni wangi, pastu cantik warna pun merah nampak cantik (hahaha yg ni aku tokok tambah sendiri, heee) ..... 'tapi bunga ros tak tahan lama.... walaupun ia nampak cantik, ia cepat rosak..... berlainan pulak dengan bunga tahi ayam.....Walaupun ia berbau busuk, ia tetap tahan lama...' Itulah sebahagian kata2 yg aku ingat dalam movie tu...... Buat aku berfikir sejenak........

Don't judge a book by it cover....aku sangat suka guna pepatah Inggeris ni....Tetapi sejauh manakah org sekarang ni berfikir begitu?? Tipulah kalau cakap tak tengok luaran semata-mata.....memang itu pun kan yang korang lihat dulu kan??? Entah la aku pun kadang2 tak faham dengan sesetangah manusia ni.....Dah nama manusia kan, rambut sama hitam...hati lain-lain...... terpulang la pada diri masing2....nak menilai yang mana dahulu..luaran atau dalaman....... jangan nanti tersilap pilih sudah!!!

Aku nak jadi macam bunga tahi ayam....biar bau busuk tapi tetap tahan lama...Biarlah org nak kata luaran aku ni tak menarik, janji dalaman aku suci dan murni....bukan aku nak puji diri sendiri.... tapi aku akan cuba untuk menjadikan diri aku ni suci dan murni dari segala aspek dalaman...Luaran tu biarlah org tertentu sahaja yg tahu menilainya.....Aku ingat kata2 ustazah aku dulu.... biar kita tak cantik luaran....sebab hanya org tertentu sahaja yg dapat menilai kecantikan kita yg sebenar..... sinar keayuan itu hanya akan dapat dilihat oleh seseorang yg betul diciptakan oleh ALLAH untukmu..... Siapa org itu??? Hanya ALLAH yg tahu...~



No comments:

Post a Comment