daebak ^_^

Wednesday, May 4, 2011

apa beza budak gred A dan budak gred B?

Rasa penat menguasai diri hari ini, terasa lemau sampai tadi balik dari sekolah lepas solat Zohor aku terlelap sekejap.... Kalau ikut jadual asal aku, hari Rabu la paling relax sebab sebelah pagi je ada kelas, sebelah tengahari memang xde lansung. Tapi hari ini berbeza benar.... cikgu banyak takde, ada yg kursus la dan ada yg bertugas di luar kwsn. Dah nasib aku le dok sit-in kelas huhuhuhuhu bagus juga aku sit-in kelas ni. Aku ni dok mengajar budak kelas kedua..hmmmm, kira budak gred B la.. 

Hari ni kiranya aku berpeluang gak masuk kelas lain yg aku tak ajar. Bila dah masuk kelas lain ni, nampak sangat perbezaan ketara di kalangan anak murid aku dengan budak kelas lain. Kira kelas lain yg aku maksudkan ni budak kelas no.1, budak gred A..kiranya budak pandai la. Bukan tujuan aku nak membandingkan anak murid aku.... cuma nak membuat perbandingan.... buat analisa sikit kan.. pastu aku leh fikir pulak apa strategi yg perlu utk mengasuh anak murid aku yg pemulihan ni.....

Perbezaan yg paling ketara....Attitude la.... budak pandai ni, kira dia org lebih nak menghormati guru.. bila guru bertanya soalan...cepat je nak respon..... bercakap kosong tu kurang la..... lebih suka bertanya soalan yg munasabah. Kalau budak pemulihan ni tok sah heran ler.... pasti ada guru yg pening kepala... mulut dia org mmg tak leh nak tutup..pot..prt..pot..pet tak henti2..... bila tanya soalan tak reti pulak nak jawab.....kdg2 mmg aku naik geram gak..tapi tu la bila nak mendidik budak2 mcm ni kesabaran tu kena tinggi....

Patut la guru2 yg lain mmg kalau boleh nak elak ajar budak kelas pemulihan... tapi kita sbg guru tak boleh bersikap macam tu...nak tak nak kena sabar gak.... Anak murid aku tetap the best..... walaupun dia org tak berapa nak pandai.... aku yakin kalau lama2 asah dia org..pasti boleh gak berjaya....

No comments:

Post a Comment