daebak ^_^

Sunday, May 15, 2011

Drama Nora Elena TV3

Salam semua, sudah lama aku menyepi tanpa n3 baru ngeh...ngeh.... ni Ms Chipsmore muncul balik hehehehe siapa pengemar drama Melayu pasti tidak ketinggalan untuk menonton drama bersiri terbaru di TV3 iaitu Nora Elena... Setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 petang. Aku pun dah mula layan drama Melayu sekarang ni... Kalau zaman dulu-dulu jangan harap la muka aku ni nak layan sangat drama Melayu ni... hehehe sekarang ni kira dunia penyiaran negara kita sudah berkembang maju... Drama dan filem yang dihasilkan sudah banyak berubah jika hendak dibandingkan dengan zaman dahulu... Hmmm, kira nak ajak korang semua support filem Malaysia la ni hahahaha

Ok,berbalik semula dengan drama Nora Elena ni... Episod pertama aku tonton drama ni, memang jalan cerita dah nampak menarik.... Hati aku dah agak, ni mesti adaptasi dari novel lagi hehehehe dan memang tepat jangkaan ku... Drama ni diadaptasi dari novel karya Meen Zulaikha iaitu Kasih yang Suci.


Sekarang ni memang banyak drama yang diadaptasi dari novel.. Jalan ceritanya memang best sangat2. Tapi bagi aku kalau hendak dibandingkan dengan novel asal. Memang kat dalam novel la lagi best. Sebab cara pengolahan penulis dalam novel lebih menarik dan romantis hahahahaha Aku tak nak cerita lebih lanjut pasal drama ni.... Bagi sesiapa yg dah baca novel ni mmg dah dapat teka endingnya macam mana nanti... Bagi yg tak baca lagi, ha korang layan je drama ni sampai habis...pasti korang puas hati hehehehe Selamat menonton semua..^_^

~Tak sabar nak tunggu 19 Mei ni, Nur Kasih the Movie akan ditayangkan di pawagam..... Aku nak pergi tengok!!!!

No comments:

Post a Comment