daebak ^_^

Monday, May 23, 2011

hatiku tersentuh(^_~)

Salam semua, hehe Miss Chipsmore muncul kembali. Kira seminggu juga la aku menyepi tanpa n3 terbaru. Bukannya apa, malas nak menaip je hehehe abaikan kemalasan aku ni. Sempena sambutan Hari Guru peringkat sekolah pada hari Jumaat yang lepas.... aku sebenarnya mendapat satu kejutan. Kejutan itu benar-benar menbuat aku terharu (^_~)

Kalau ingat balik, rasanya baru sebulan lebih je aku bergelar seorang guru. Kiranya masih terlalu awal bagi aku nak sampai ke tahap guru 'popular' hehehe aku mmg dah agak masa Hari Guru nanti mesti tak dapat hadiah. Ala, bukan aku nak sangat pun hadiah dari anak murid aku *_* TETAPI semua andaian aku itu meleset, tak sangka aku!!!!! Ada gak dapat hadiah.... Hmmm,ni baru sebulan lebih dah dapat hadiah macam ni, kalau dah setahun macam mana la pulak erk??? hehehe

Sungguh aku terharu.... Ada di kalangan mereka yang aku tak ajar pun kelas mereka. Cuma kenal masa aku 'sit-in' kelas dia org je. Tak sangka pulak dia org ingat juga kat aku... sob.... sob.... terharu!
Banyak2 hadiah yg aku dpt, salah satu hadiah itu betul2 membuat hati aku tersentuh.

Hadiah sebatang pen merah yg dibalut kemas oleh anak murid aku dari kelas 3 Bijak. 3 Bijak la kelas plg guru lain sgt2 elak nak ajar....Macam tak percaya juga aku pada mulanya, sebab anak murid aku ni kira nakal la sikit, slalu gak buat aku naik berang... biasa la kan budak lelaki.. masa belajar nak main je kerja..... tapi bila aku ajar buat latihan bertulis, dia ni kira aktif gak...

Sebab tu aku sentiasa berpegang pada kata2 'Dont judge a book by its cover'... Mmg dia nakal tapi kalau kita boleh tarik dia sikit2 aku yakin satu hari nanti dia pun boleh berjaya. Aku sentiasa berdoa, semoga satu hari nanti anak murid aku ni dapat berubah ke arah yg lebih positif lagi....Terasa aku ala G.T.O la pulak eheeee berguna gak eh aku layan drama korea ngan jepun...semua aku apply ^_^

No comments:

Post a Comment