daebak ^_^

Thursday, May 26, 2011

kegilaan melanda~

Sudah beberapa hari aku tak dapat o9 sebab line celcom bengap entah apa problem. Memang lansung tak boleh nak connect. Asyik disconnect je. Jiwa ini meronta-ronta nak o9. Sebab sekarang ni aku sudah dilanda kegilaan. Heeeee kegilaan pertama sebab nak layan drama baru korea 'Baby-Faced Beauty'. Bagi sesiapa yg minat pelakon yg comel lote Jang Nara, drama ni drama terbaru dia. Sekarang ni baru episod 8 kat Korea, di channel KBS World baru episod 4. Aku biasa la bila dah gila mana nak sabar lagi heheeeee sanggup tonton o9 kat dramacrazy.net.my hehehe layan habisssss

Kegilaan aku yg kedua ialah sekarang ni asyik nak memasak je. So, bila dah gila masak... gila gak godek blog dan lama web pasal resepi ni. Minat tiba-tiba datang. Terfikir gak nak buat blog resepi tapi bila fikir kemalasan nak ambil gambar masakan sendiri.... terus tak jadi..... heeeeee pemalas kan aku ni~ Biarlah blog aku ni lebih universal, mana-mana boleh masuk kan.....

Kegilaan yg ketiga...........heeee asyik mengadap laman web AirAsia heeeee Ye la kan dah da sale tiket RM 0.10 so apa lagi... godek jangan tak godek.....  tapi hari ini hampa... semua dah naik!!!! huh, mesti dah ramai yg book jadi bila dah sampai limit, AA naikkan balik harga walaupun still promo lagi. Hmmm, tak pe la janji tiket ke Miri dah settle.... Pasni tinggal Sabah, Labuan, JB, Kelantan dan Terengganu~ heeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee *_*

~ Kebahagiaan itu hadir dari segala keperitan

No comments:

Post a Comment