daebak ^_^

Monday, May 2, 2011

pelik tapi wujud

Selamat petang semua....Hari Isnin yang membahagiakan sebab masih cuti lagi hehehe..... Aku nak share pasal ada la satu tumbuhan ni....rupa macam pelik tapi ia benar2 wujud.... Aku pun baru tahu kewujudan tumbuhan ni masa tengok channel KBS World tadi...Aku ni bukan setakat layan drama korea je tau, segala dokumentari yang dia org tayang pun aku layan gak.... Tumbuhan ni sebenarnya sama je dengan spesies buah kelapa yg ada kat Malaysia ni... Cuma apa yg menjadikannya pelik, sat lagi aku bagi tau.... Sebelum tu aku nak story pasal kepulauan Seychelles.... Tumbuhan yang pelik ni dijumpai di kepulauan Seychelles....Memang cantik la pulau ni.... Putera William dan Puteri Kate pun akan berbulan madu kat pulau ni....memang sesuai la..... sebenarnya, aku pun baru tahu gak kewujudan pulau ni......hihihi




Aku membayangkan korea la pulak bila lihat gambar ni. Pantainya memang biru dan jernih je... Tiba-tiba aku teruja pulak nak g sana...Unik la tempat ni..... Subhanallah....Alam ciptaan ALLAH ni memang indah.... Nak tahu tak pasal tumbuhan yang pelik ni??? Maaf la ye sebab ada unsur 18sx sedikit.. oopppps jangan fikir bukan2...ok, aku tunjuk gambar dulu baru korang akan faham....

pokok lelaki.....nampak kan apa yang menjadikan pokok ni lelaki..tuttttt...OXXXXXX

yang ni pulak pokok perempuan.... korang boleh nampak kan perbezaannya?? aku tak bagitau pun korang dah leh tangkap kan...xxxxxxxxxxxxxxxx
Nama tumbuhan ni ialah 'The Coco de Mer' atau nama lainnya Lodoicea Maldivica... Macam spesies pokok kelapa kan?? Memang spesies pokok kelapa pun hahahaha cuma ia berbeza dari pokok kelapa yg ada kat Malaysia....Korang boleh nampak kan perbezaannya??? Masa aku lihat kat tv tadi pun macam tak percaya gak....pokoknya memang tinggi sangat2.... boleh mencecah 24-25m tinggi... daunnya pulak berbentuk macam kipas memang lebar dan besar.....bentuk buah kelapa spesies ni pun berbeza.....


Pelik kan??? Tapi semua ni adalah benar dan memang wujud.... Di akhir rancangan dokumentari tu tadi..... Host tu kata....'Inilah buah yang menjadi misteri.banyak cerita yg tersembunyi.... buah inilah yg yang dirasai oleh Adam.....rahsia disebalik kewujudan manusia...' Hmmmmm, buat aku berfikir lagi...... Kalau ikut apa yg aku belajar dalam Islam.... Memang ada satu-satunya pokok yg wujud di syurga semasa kewujudan Nabi Adam (nama pokok tu ada tapi aku lupa la eheeee).... ALLAH telah mengharamkan sesiapa utk memakan buah dari pokok tersebut....TETAPI atas hasutan syaitan...Nabi Adam dan Hawa telah memakan buah dari pokok tersebut..... Akhirnya Nabi Adam dan Hawa diturunkan ke Dunia.... Biji dari buah tersebut telah lekat kat tekak Nabi Adam.... sebab itulah makhluk ciptaan ALLAH yang bergelar LELAKI mempunyai halkum...Yang PEREMPUAN pulak mewarisi kejadian HAWA yg mempunyai ____ akibat makan buah itu....... 

MasyaALLAH..... betul2 membuat aku berfikir..... Wallahualam...Kebenarannya hanya ALLAH yang tahu..... Sesungguhnya pasti ada maksud disebalik segala ciptaan ALLAH itu.... Sebab tu la aku suka melancong..... bila kita melancong...kita akan dapat menghayati alam ciptaan ALLAH dan ia akan membuat kita berfikir....Memikirkan kewujudan ALLAH...... Terima Kasih kepada KBS World kerana telah membawa aku ke sebuah Pulau yang penuh dengan misteri dan kecantikan alam semulajadinya..... Syioookkkk melayan bahasa korea dengan subtitle BI hehehehehe

2 comments:

  1. buah khuldi kot yang penulis maksudkan.....

    ReplyDelete
  2. Pulau seychelles.. sebuah pulau yg dihuni oleh org buangan bangsa inggeris.. para pembesar perak yg diketuai oleh Tengku Menteri Ngah Ibrahim dlm pembunuhan JWW Birch telah dibuang disitu.. termasuk sultan perak pada masa itu..

    ReplyDelete