daebak ^_^

Thursday, June 23, 2011

Contengan Jalanan

Hari ini 23 Jun 2011 bersamaan dengan 22 Rejab... Syukur, Alhamdulillah kerana masih diberi peluang untuk terus bernafas di alam fana ini. Idea kat hotak ni bebagai je huhuhu tapi nak menaip agak payah sikit hehehe contengan jalanan ~ tajuk ni di ambil sempena novel terbaru Hlovate (penulis kegemaran aku) I'm cry when read this book... sob.... sob.... masih dalam proses membaca lagi.... Tawaduk je aku membaca novel ni. Aku mmg respect dgn penulis ni. Sayang nye tak tau siapa diri penulis yg sebenar. Cuma kenal nama samaran je Hlovate. Cukup perahsia penulis ni~

What I like about Hlovate??? Bila aku baca semua novel dia.... Buat aku berfikir.... Yup, semua yg disampaikan oleh penulis dalam novelnya mmg betul... I'm agreed 100%. Kalau tengok gaya bahasa yg digunakan, mmg sempoi habis kiranya kepala gila-gila. Even gila-gila, ciri-ciri Islam itu tak pernah lari. Kalau sebut pasal novel ni mesti semua berfikir.. Ala novel semua sama je, mesti ada unsur cinta. TAPI novel karya Hlovate ni lain dari yang lain. Unsur cinta itu tetap ada tapi dengan gaya yang berbeza jika hendak dibandingkan dgn novel cinta yg lain. Kalau korang tak percaya, cuba baca sendiri novel dia pasti korang akan faham apa maksud aku....

Aku nak tanya korang, ada tak jumpa novel biasa yg diselitkan dengan hadis dan ayat-ayat Al-Quran?? Kalau novel Islamik macam 'Ayat-ayat Cinta' aku percaya mmg ada. Sebab tu bila aku baca novel Hlovate ni pasti air mata itu akan gugur gak... Hati akan dipaut kesayuan... Otak ligat berfikir... Aduh, terasa aku ni insan yg sangat hina di mata ALLAH.... Cukupkah amalan aku di dunia ini???? Bersediakah kita hendak menghadapi saat itu??? Saat di mana ALLAH menjemput kita menhadapnya????

'...aku bukan suruh kau org tinggalkan kehidupan duniawi, tapi aku suruh kau org tinggalkan dosa. Untuk tinggalkan duniawi itu dikira terpuji, tapi untuk tinggalkan dosa itu lagi penting dari tinggalkan dunia...' I love this sentence... Make me think about it... deeply... Jangan pandang renteng pada contengan jalanan. Ambil masa untuk fikir sejenak, imbas kembali apa dosa yg kita telah lakukan dan ambil langkah sebelum terlambat. Moga mendapat rahmat dari-NYA.AMIN

No comments:

Post a Comment