daebak ^_^

Wednesday, June 29, 2011

Salam Israk Mikraj~

Hari ini 29 Jun 2011 bersamaan dengan 27 Rejab~ Salam Israk  Mikraj semua>>>

Haiiyaa, lamanya aku tak hupdate blog ni eheee sibuk memanjang hahaha ye la sgt kan.... Aku busy berjalan pada hujung minggu yang lepas. Kawan aku masa degree honeymoon kat Kuching, Sarawak.. So, aku bawa la dia n husband dia jalan2... Sekali bawa kawan degree aku gak Ruth. Aku ngan Ruth pun dah terasa macam honeymoon kat tempat sendiri. Penat tak terkata la wei... berjalan sakan dari pagi hingga ke malam. Hmmm, kalau shopping nya toksah nak kata lak. Aku ngan Ruth pun join sekali hahahahaha ambik ko, duit keluar macam air.... Hahahaha *_*

Wah, pendahuluan dh pjg gitu tak masuk isi lagi ni... Okeh la, tujuan n3 ni sebenarnya nak memperingati mesej disebalik Peristiwa Israk dan Mikraj ni.... Lupakan segala yg berkaitan duniawi sebentar. Mari kita sama-sama berfikir sejenak.... Setiap kali tibanya 27 Rejab, ia bermakna kita sudah berada di penghujung bulan Rejab... Syaaban bakal menjelma dan Ramadhan sudah menunggu giliran.. Apa yang pasti ketiga-tiga bulan Islam ini mempunyai nikmat yang tidak terhingga~



Bila berbicara tentang peristiwa Israk Mikraj ini, kita akan terbayang kisah perjalanan Rasulullah SAW bersama malaikat Jibril  yang boleh dibahagikan kepada dua fasa, iaitu Israk yakni perjalanan dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa, di Baitulmaqdis, Palestin. Mikraj ialah perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha di langit yang ketujuh. Pada ketika inilah ALLAH telah menurunkan perintah solat lima waktu kepada Nabi Muhammad SAW. Betapa tingginya darjat perintah ALLAH ini. Bukan seperti perintah ALLAH yang lain, turun melalui wahyu... tetapi ALLAH memerintahkan malaikat Jibrail membawa Nabi Muhammad SAW terus berjumpa denganNYA untuk menurunkan perintah SOLAT ini.


Berbanggalah kita kerana dilahirkan sebagai seorang Muslim, umat akhir Nabi Muhammad SAW. Fikir dalam-dalam segala apa yg telah kita lakukan. Cari jalan untuk memperbaiki kelemahan... berusaha untuk berubah ke jalan ALLAH. InsyaALLAH sekiranya kita ikhlas dan tawaduk dengan semua usaha itu pasti pintu taubat akan dibuka untuk kita. Biar sedar sekarang sebelum terlambat~ Moga perjalanan mencari redha ALLAH akan sentiasa dipermudahkan...AMIN~

No comments:

Post a Comment