daebak ^_^

Saturday, August 20, 2011

20 Ramadhan.... 10 hari je lagi *_*

Masa begitu cepat berlalu... Mood macam-macam je... Tapi rasa macam sedih je... Hari ini dah 20 Ramadhan, ini bermakna tinggal lagi 10 hari kita akan berada di bulan Ramadhan... sedih dan sayu je.... Terus terang aku kata, tahun ni mood nak raya aku kurang sikit... Malas nak kemas rumah, malas nak buat biskut, malas nak buat kek... huhuhu malas untuk segala -galanya... Kalau boleh aku nak berada di bulan Ramadhan ni lama lagi....

Sempena 10 malam terakhir ni, mari kita sama-sama meningkatkan amal ibadat.. Mana tahu berjumpa dengan malam yg ditunggu-tunggu... malam yang penuh berkat... Malam Lialatul Qadar.... Bilakah malam itu akan tiba?? Wallahualam, sesungguhnya hanya ALLAH yang maha mengetahui... Kita sebagai hambaNYA hanya mampu berusaha mencari malam barakah tersebut dengan penuh keikhlasan dan tawaduk...

Aku malas nak update blog ni... dekat-dekat nak raya ni, banyak benda nak kena buat.... pastu still merancang untuk konvo lagi... Aduh banyak betul yang perlu dirancang..... Semoga kita semua bahagia selalu. May ALLAH bless~

No comments:

Post a Comment