daebak ^_^

Thursday, August 18, 2011

Akhirnya,.... LEGA ^_^

Alhamdulillah... Itu je yang aku nak ucap sekarang ni... Oh ye, semalam Nuzul Al-Quran... Alhamdulillah juga... even aku sedih sikit sebab tengah 'cuti' ni.... Tak dapat nak membaca naskah cinta dari ALLAH itu, namun cuaca pada malam semalam mmg memukau kalbu.... Bayangkan berapa bulan dah dunia ni dilanda kepanasan.. Malamnya mmg terasa hangatnya even cahaya matahari tak kelihatan.... dan semalam... heavan.... cuaca sejuk je dan terasa tenang.... Itu satu nikmat yang ALLAH dah tunjuk!!! Hanya tinggal untuk difikirkan sahaja oleh umatnya..... Kuasa ALLAH mmg agung!!!!

Setelah setahun menunggu, Alhamdulillah.... hari yang dinantikan oleh aku dan rakan-rakan degree akhirnya tiba juga..... *_* Our session will be on 4rd October 2011..... Ya Tuhan.. syukur yang tudak terhingga.... memang tarikh keramat tu... Lepas je dapat tahu pasal tu aku terus sibuk nak mencari tempat penginapan... Kawan aku kat semenanjung dah habaq... 'Wei, hotel semua dah full..' huhuhuhu habis la.... Lau nak cari hotel mmg tak dapat la... So, aku godek la mudah.com huhuhu jumpa gak homestay yang kira berbaloi untuk family aku dan rakan aku yang dari Sarawak ni.... Ok, lega sikit pasal penginapan....

Pastu fikir lagi pasal transport...... Macam mana ni nak angkut manusia 11 orang hahahaha nak sewa sebuah keta mmg tak muat.. Tu dia bagai nak pakat g kenduri kawen hahahaha Dah nama kalau ALLAH nak permudahkan urusan kita.... Teringat pulak kat member aku yg sma study kat sekolah agama dulu... Seingat aku dia study kat Kedah.. Dah nama budak laki yang suka b'jalan harus dia dah familiar kan dgn jalan kat Kedah.... Akibat pening kepala urus pasal ni, aku buat ler status kat FB 'Alangkah baiknya kalau kereta aku leh terbang ke utara' hahahaha tak sangka kawan aku tu respon terus... Macam tau2 je dia ni... 'Oit.. Lai... ko mmg terbaik hahahaha Makseh oit offer diri ^_^...'

Sembang punya sembang.... Rupanya dia pun konvo gak... Kebetulan pula sehari lepas aku konvo hihihihi Wah, satu kebetulan yang tidak disangka.... huhuhuhu... Alang-alang, dia pun offer kata leh je bawa kita orang nanti hikhikhik... suka.. suka... tapi kena tunggu dia tanya kawan dia juga... hahaha sebab nak bawa rombongan 11 orang ni.... Hmmm, tak kesah la... janji semua nya dah settle..... ALHAMDULILLAH....

Itulah gunanya kawan kan?? Bila senang sama senang.... bila kita perlukan pertolongan, cepat je offer kan diri hehehe Kalau kita ikhlas menjadi sahabat... ALLAH pun dapat menilai keikhlasan tu... Kalau kita kawan dgn seseorang itu sebab hanya nak menumpang kesenangan je.. Huh, mmg tak kekal lama.... Pekung tu akan terbuka juga... Kawan semua pun akan lari...... Syukur padamu ya ALLAH kerana sentiasa mengurniakan aku SAHABAT yang sentiasa ikhlas dgn diri ini dan saling tolong-menolong....................

~ I'm done.... Abg Long... Ruth.... Me... wahhh, 3 family become 1.... Hope happiness with us.... Counting our day...^_^

No comments:

Post a Comment