daebak ^_^

Monday, August 22, 2011

gelak sakan (^_~)

Malam semalam aku tak leh nak tidur... nak hupdate blog mood menulis mmg takde... Adoiiii, aku sekarang ni mmg diserang virus kemalasan tahap tak hinggat... Huhuhu semua kerja aku tak start buat lagi... Bahan-bahan untuk buat biskut semua aku dah beli, tapi..... entah bila la nak rajin ni.... aku pun tak tau nak start buat nya bila hahahaha akibat tak leh tidur semalam aku apa lagi.... Korea Mood on!!!!

Nak layan drama korea, lama pula nak tunggu kan. Lagipun sekarang ni aku layan gameshow pula.... So, layan salah satu gameshow yang popular kat Korea... Rancangan ni mmg best la... chenca daebak!!! Korang kalau tengah moody ker, time nak hangin satu badan... pergi la tengok rancangan ni, aku sure pastu korang pasti akan gelak sakan... Ye, aku tak tipu... mmg sangat2 kelakar..... ^_^


Dalam rancangan ni aku paling suka Joong Ki... tapi dia dah undur diri dari rancangan ni sebab nak tumpukan sepenuh tumpuan kat karier lakonan drama dia... So, episod Joong Ki yang last ialah episod 41.... Selain Joong Ki, aku suka Joong Kook gak.. dia ni ala-ala lelaki yang macho dan gagah la... ditakuti oleh ahli-ahli yang lain... 'Monday Couple' iaitu Ji Hyo dan Gary pun best... HaHa alias Haroro pun kelakar.... Gwang Soo lagi la kelakar.... Aduh, semua aku suka............... habis cerita kan ^_^


Nape la kat M'sia takde rancangan macam ni... Kalau ada, mmg best la.... Rancangan ni lain sgt dari rancangan gameshow kat M'sia ni... Tiap-tiap minggu ahli-ahli dalam Running Man ni ada misi tertentu yang mesti diselesaikan... Pastu ada tetamu la, biasanya tetamu yang datang ialah artis-artis yg glamour.... Hmm, malam ni kalau boring lagi... layan lagi lah rancangan ni... Memang gelak sakan......^_^

No comments:

Post a Comment