daebak ^_^

Thursday, August 11, 2011

Rindu zaman sekolah menengah.....

Huhuhu tetiba mcm nak mengamit perasaan pulak n3 kali ni. Hmm, rasa mcm byk kali gak dah buat n3 yg ada kaitan dgn zaman sekolah menengah aku dulu...... Serius, aku mmg rindu giler zaman tu........ Di situlah aku dan rakan seperjuangan yg lain membesar bersama-sama...... @_@ Sekolah yg terbaik bagi kita org >>> SMK Agama Matang, Kuching....


Kenapa sekolah ni tetap di hati???

1) Sekolah ni betul-betul terletak jauh dari bandar.... kira terletak di tengah hutan hahaha boleh la dikatakan hutan belantara ^_^ Sebab tu masa sekolah kat sini, mmg ibarat katak di bawak tempurung la.... Tak tahu sgt pasal dunia luar.... No hiburan selain lagu nasyid.... no majalah hiburan.... no apa2 je la yg da kaitan dgn dunia luar....dah nama sekolah agama kan.... Mula-mula terasa sgt keboringan.... Hari pertama jejak sekolah tu mmg asyik nangis je, nak balik rumah...^_^

2) Tempat menimba ilmu yg terbaik..... Guru-guru kat sekolah ni mmg terbest....daebak!!! Terutamanya Ketua Warden masa tu yg glamour dgn gelaran Cikgu Abang... Cikgu ni mmg garang.... Kalau dia bersuara mmg semua kecut perut.... Aku ni pun pernah kena dgn dia.... Nakal gak aku ni kan... Biasa la budak-budak..hihihihi

3) Asramanya yg..... Hmmm, sukar aku nak huraikan hahahaha sesiapa x-student sekolah ni je faham... Mmg menguji jati diri... Tanpa Kipas... dgn nyamuk nya..... panas pun kena tidur dlm kelambu.... dgn masalah airnya yg toksah nak kata.... mmg sgt2 menguji mentaliti dan fizikal heeeeeeeeee sbb tu kita org yg tak bijak ni jd bijak.... bijak nak atasi masalah sampai kantoi ko dgn warden ngeeeeeee

4) Dewan mkn yg terbaik.... terutamanya masa zaman aku Form 1 huhuhu makanan plg best nasi lemak, laksa sarawak, ayam goreng, Ice-Cream.... Macam-macam la yg menambat selera....... 

5) Membina keluarga Islamik.... Kita org semua terutamanya rakan batch SPM 2004.... Mmg dah macam adik- beradik... Bayangkan sejak umur kita org 13 Tahun lagi dah tinggal jauh dari family... Pastu jarang balik kat rumah,, kalau sekolah asrama lain selalu je ada time outing ke bandar.... tapi sekolah kita org amat lain sekali huhuhu mmg duduk terperuk je dalam tu..... (Kalau korang pernah tengok cta hindi Mohabbatein, kiranya sek ni ala-ala 'Gurukul'........ ) Balik rumah pun kalau cuti panjang especially cuti sekolah la.... Pernah juga 2/3 bulan tak balik rumah..... Guru dan warden dah jadi macam Ibu dan Ayah sendiri.... 5 Tahun mmg cukup utk kita org membina satu hubungan yg erat....... ^_^

:: Rindu betul kat rakan-rakan aku..... Dia orang la teman terbaik yg pernah aku jumpa... Kalau gaduh pun tak lagi sampai nak menghina sesama-sendiri... Setakat gaduh adik-beradik..... Sama-sama susah dan sama-sama senang....  Alhamdulillah, sekarang ni semua dah berjaya dgn kehidupan masing-masing......SMK Agama Matang mmg terbaik.... Terima Kasih kerana telah menjadikan kami sebagai seorang insan yg berguna.....::

No comments:

Post a Comment