daebak ^_^

Sunday, August 7, 2011

Wahai Muslimah!!!

Salam semua... Mula-mula tadi terasa malas nak buat n3 baru tapi hati ni macam meronta-ronta pulak suruh aku hupdate n3 baru... Bukannya ada hot story pun mcm kisah KFCM putus tunang dengan Elia.... TAPI jiwa aku ni tiba-tiba memberontak..... Aku ni pantang sikit kalau jumpa manusia yg cakap tak serupa bikin.... ala, orang putih cakap 'action speak louder than words' huhuhuhu ambikk koooo...grrrr hehehe Eh, aku bukan marah cuma geram je.... Mula-mula nak memberontak dalam hati je tapi tiba-tiba datang kekuatan dari dalam heeee terus ambik langkah kedua guna kaedah lisan..... Erk?? Penulisan blog pun kira dakwah juga kan???? ^_^

Ni aku nak story sikit.... tapi sebelum tu aku nak kata dulu.. aku ni pun bukan la seorang muslimah yg sempurna, perfect, deabak, amazing.... aku ni insan kerdil je di mata ALLAH ,,, TAPI tak salah kan kalau kita ambil langkah sedikit demi sedikit untuk membuat perubahan ke arah yang lebih positif... Isu aku di sini... isu yg amat mudah.... Wahai Muslimah di luar sana...... Sekarang ni aku tengok dah macam trend kan.... tudung bermacam2 gaya je.... Siapa kata fesyen itu salah??? Aku tak kata... ALLAH pun tak kata macam tu, tak percaya?????? Haaa, p buka tafsir Al-Quran... TETAPI... aku tekankan di sini... fesyen itu akan menjadi masalah kalau ianya melampau dan telah lari dari landasan agama......

Cuba rujuk balik.... Aurat wanita muslimah dari mana sampai mana.... kena ingat, aurat wanita muslimah ialah seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan.... masalahnya di sini... ada je yg pakai tudung tapi tunjuk leher dan anak rambut.... Haiiii, kdg2 aku pun jadi pening.... mana la dia org dpt idea nak buat trend pakai tudung mcm tu.... kalau aku nak huraikan lagi, sebenarnya byk lagi fesyen tudung skrg yg aku rasa mmg dah lari dari paksi sebenar yg ALLAH suruh kita buat..... fesyen yg nampak bonggol rambut itu pun tak boleh.... yang main ikat tudung di bahagian leher yg mcm nak menjerut diri sendiri tu pun mmg tak boleh.... bukankah itu sama juga mcm kita tunjuk leher kita????

Ni la yang ALLAH sebut.... golongan yang menutup aurat tetapi seolah-olah bertelanjang...... ada sebab kenapa ALLAH suruh kita menutup aurat..... korang pun boleh fikir sendiri kan???

credit to I Luv Islam.com
Dari gambar di atas dah menghuraikan sebab kenapa ALLAH suruh wanita bertudung.... Korang fikir sendiri erk....Siapa nak lolipop hak milik dia di makan oleh org lain?? huhuhuhu Sempena bulan yang mulia ini.... Aku nak ajak korang semua terutamanya golongan muslimah.... mari kita fikir sedalam-dalamnya.... betul tak niat asal kita, kenapa kita bertudung..... Kalau betul InsyaALLAH.... tiada 'penyimpangan identiti' berlaku di situ..... Sama-sama kita cuba memperbaiki diri ke arah yg lebih baik... Moga suatu hari nanti InsyaALLAH andai diberi rahmat atau peluang oleh ALLAH kita boleh mencapai 'husnul khotimah'.... AMIN ^_~


No comments:

Post a Comment