daebak ^_^

Wednesday, September 28, 2011

ketagih dengan benda alah ni!!!!


Aku la ni diserang ketagihan tahap giga... Asyik nak melantak benda alah ni je huhuhu wei, jangan ingat aku buat benda yang tak elok ye. huh, minta simpang jauh-jauh dari semua tu... Aku ketagih dengan benda alah nama seaweed je... kalau boleh hari-hari nak melantak benda alah ni je.........

Yang ni ala-ala tempura... bagi yang suka benda crispy... yang ni mmg sesuai sgt

Yang ni perisa tom yam... aku prefer yang original punya flavour... sekali-sekala layan gak yang tomyam ni dan hot spicy punya flavour... chenca daebak.. nyummy!!!

Aku pun tak sedar sejak bila aku gila sangat nak melantak benda nama seaweed ni... Kalau bagi orang Jepun dan Korea, seaweed ni dah menjadi makanan rutin dia orang... Cuma kat M'sia la makanan jenis ni belum meluas lagi.... Bila layan drama Korea, tengok dia orang makan benda alah ni, mula la mulut meroyan nak gak benda ni hahaha yang pasti seaweed ni sangat sedap. Aku suka taste nya yang ori, green dan fresh je.... Lagipun aku pengemar sushi gak, so tak jadi masalah kalau nak makan seaweed yang asli.

sodap nya!!!! terus ngiyau nak mam sushi la pulak~

Ni korean food. kalau kat sini lebih kurang macam acar le. Teringin gak nak makan benda ni... Selalu tengok kat dlm drama korea.... macam sodap je~ hehehe
Seaweed aka rumpai laut ni makanan yg sihat tau... Meh check advantages seaweed ni>>>

1. Memberi tenaga dan menguatkan sistem tubuh.
2.Menguatkan tulang dan sendi.
3. Meningkatkan sel rawan dan otot.
4. Merawat penyakit gaut.
5. Mencegah kanser.
6. Menurunkan tekanan darah tinggi.
7.Merawat Gastrik.Anti bakteria / kulat.
8. Merawat Anemia.Menurunkan kolestrol dalam tubuh.
9. Menyerap lebihan garam dalam tubuh(lumpuh).
10. Melicin dan menegangkan kulit serta payu dara (anti penuaan/kolagen).
11. Memulihara sel-sel kulit mati (jerawat).
12. Menpercepatkan penyembuhan luka.
13. Menstabilkan kandungan gula dalam darah(kencing manis).
14. Membersihkan tubuh dari reaksi radikal bebas.
15. Menberi Kekenyangan(diet).
16. Melancarkan sistem metabolisme.
17. Memulihara usus kecil.(Sembelit).
18. Membantu perkembangan minda dan otak.

credit to Mr Google ^_^

No comments:

Post a Comment